بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Berbuka Nak Dapat Pahala, Tapi Dapat Murka Allah! | Berbuka puasa memang mendapat pahala. Bahkan berbuka adalah kemenangan dan kegembiraan buat orang yang berbuka.
Tapi kadang ada perbuatan kita nak dapat pahala tapi sebaliknya dapat murka Allah saja.
Apa itu?
Berbuka Nak Dapat Pahala, Tapi Dapat Murka Allah! |
Berbuka Nak Dapat Pahala, Tapi Dapat Murka Allah!
1. Jika kita bercadang berbuka di luar seperti kedai atau mall bersama keluarga atau kawan, pastikan di kawasan tersebut terdapat kemudahan ruang solat berdekatan.Maknanya utama kan tempat yang ada sediakan ruang solat. Terutama yang pergi buffet Ramadhan.
2. Andai mudah untuk kita lakukan solat di tempat tersebut, dan anggaran berbuka kita cuma sekitar 20 minit tempohnya (boleh sambung balik lepas solat), silakan.
Maknanya, jika kita boleh makan, pastu sambung makan semula lepas solat boleh la attend buffet atau majlis berbuka tu.
3. Kalau kita rasakan tempat tersebut tiada atau sukar didapati tempat solat, dan makanan berbuka yang dirancang agak berat, saya cadangkan untuk berbuka dahulu dengan kurma atau apa-apa yang ringan sahaja dahulu, dan tunaikan solat maghrib, baru pergi keluar makan di kawasan yang dirancangkan.
4. Bulan Ramadan ini kita dapati mana-mana restoran termasuk di mall-mall selalu penuh ketika berbuka sehingga perlu ditempah dahulu tempatnya.
Ramai yang memesan juadah berbuka yang berat, lalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan hidangan berbuka sehingga terlalu melewatkan solat maghrib.
Pukul 8.10 (hampir sejam selepas waktu berbuka) pun masih ramai yang berat punggung lagi!
Belum lagi untuk mencari surau yang entah di mana.
5. Ada yang makan dan bersembang habis-habisan, kemudian solat maghrib sipi-sipi sebelum Isyak.
Ini bukanlah erti hadis “dahulukan makanan yang dihidang dari solat”!
6. Ada juga yang sampai habis waktu maghrib, makan-sembang tak habis-habis lagi!
7. Bila puasa menjadi bulan berpesta makan dan hanya sekadar adat, inilah hasilnya.
Sakan berbuka rukun Islam ketiga, rukun kedua diabaikan.
Sedangkan syariat berpuasa demi menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertaqwa, bukan menghabiskan waktu berbuka sambil leka tertawa!
* Orang yang berpuasa seharusnya mendapat dua kegembiraan: Ketika berbuka & ketika bertemu dengan Sang Pencipta.
Jangan pula kita hanya gembira berbuka, namun kelak berduka mendapat murka!
Kredit: Dr Kamilin Jamilin
Masa anak pertama kedua pernah la pergi majlis berbuka puasa... Bila dah ramai anak ni, rasa makan kat rumah lagi selesa. Kalau nak makan kat luar pun beli bungkus je bawa balik...
bulan puasa ni, memang malas nak cari dosa.
BalasPadamfacebook pun dah jarang tengok dah. haha