div id='header-inner'>

7 Cara Untuk Pastikan Menu Sihat di Rumah Terbuka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Cara Untuk Pastikan Menu Sihat di Rumah Terbuka | Raya dah masuk pertengahan. MF yakin start hujung minggu ni ramai dah busy dengan sambutan rumah terbuka Aidilfitri.

MF mulanya rancang nak buat tahun ni... Tapi bajet lari tak dan nak kejar... Hehe...

Bagi yang rancang nak buat RUMAH TERBUKA.. tapi nak nampak LEBIH SIHAT?

Macamana?

7 Cara Untuk Pastikan Menu Sihat di Rumah Terbuka


7 Cara Untuk Pastikan Menu Sihat di Rumah Terbuka
7 Cara Untuk Pastikan Menu Sihat di Rumah Terbuka

1. Sediakan makanan dalam SAIZ YANG KECIL (sekiranya dihidang siap). 

Buh sikit-sikit memang bagus... Bukan nak kedekut tapi boleh elakkan pembaziran juga. Kalau orang nak tambah, minta dia tambah...

2. Sediakan AIR KOSONG (wajib!) 

Yang ni payah nak jumpa... Tapi kalau korang buat rumah terbuka, sediakan air kosong... Mungkin membantu kawan-kawan yang sedang amalkan diet sihat.

3. ASINGKAN GULA untuk minuman panas (seperti teh O & kopi O)

Biar orang yang nak minum tu buh sendiri gula jika diaorang nak minum. Macam hotel style.

4. Hidangkan PELBAGAI JENIS SAYUR bersama hidangan utama. 

Sayur mentah seperti tomato, salad atau boleh juga buat salad sayur atau salah buah sebagai salah satu menu rumah terbuka. Macam kat Pizza Hut tu... Kan menyihatkan tu...

5. Hidangkan PELBAGAI BUAH sebagai pencuci mulut. 

Paling tidak buah oren dan tembikai cukup dah tu... Sebab nak buah lain banyak bajet plak kan.

6. Sediakan pilihan makanan LEBIH SIHAT (contoh; kuah sup berbanding kuah lemak)

Menu seperti soto, bakso atau laksa lebih baik dari hidangkan lontong ataupun lemang rendang yang sudah tentu tinggi kalori.

7. ELAKKAN menghidang asam, jeruk dan gula-gula. 

Setakat ni tak jumpa lagi menu ni kat rumah terbuka... Tapi ini bukan menu sihat.. Jadi tak payah hidang walaupun ramai peminat jeruk.

Rujukan: Buku Makan Sihat di Hari Raya,Bahagian Pemakanan, KKM via Facebook

Buat rumah terbuka Aidilfitri satu amalan mulia sebab jamu orang makan besar pahalanya dan bantu orang jaga kesihatan dengan menu yang sihat kita sediakan berganda lagi pahala. 

Catat Komen

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)