GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Cara Menjaga Silaturahim

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 Cara Menjaga Silaturahim 

6 Cara Menjaga Silaturahim
-sumber : Google images

Dalam menjaga silaturahim enam perkara perlu dilakukan;

PERTAMA: jadikan setiap pertemuan kita dengan seseorang itu sebagai satu pengalaman terindah, hingga orang teruja untuk meneruskan silaturahim dengan kita.

KEDUA: jangan melabel atau menghukum orang. Punca pergaduhan biasanya berlaku kerana kita suka melabel dan menghukum orang.

KETIGA:mengalah dan menerima kenyataan. Kita suka  menegakkan benang yang basah dan tidak mahu mengaku kesilapan, apabila berlaku perselisihan faham.

KEEMPAT: usah berdendam dan tidak berpuas hati selagi kita tidak dapat membalas, dengan menyakitkan hatinya kembali.   Buang sikap susah memaafkan dan payah melupakan. KELIMA: sentiasa menjadikan orang lain itu penting dalam hidup kita bukan kita mementingkan diri kita.

KEENAM: melayani orang sebaik mungkin sebagai mana kita harapkan orang melayan kita dengan baik, dengan seboleh mungkin menunaikan hajat mereka. Contohnya memenuhi undangan keluarga dan jiran tetangga kita.

Kredit : Prof Dr Muhaya

Amalkan doa Rabitah untuk pastikan hubungan silaturahim erat dan kukuh kerana Allah dan lebih diberkati Ilahi. 

3Ulasan

  1. sukalah baca blog akak, penuh dengan positive vibes <3

    BalasPadam
  2. kadang kita baik dengan orang, kita pulak dipijaknya

    BalasPadam
  3. kedua tu da sama macam membawang. kadang2 jumpa geng2 ni mula bukak cerita. tanpa sedar nampak macam tak ngumpat tapi sbenarnya ngumpat..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ