GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

River of Life - Betul Ke Ini Sungai KL Ni?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

River of Life - Betul Ke Ini Sungai KL Ni? | Sepanjang hidup MF tak pernah termimpi nak jadi warga Kuala Lumpur.

Tapi perancangan Allah, lepas kahwin MF dapat kerja sebagai guru di Kuala Lumpur. Maka bermulalah episod PJJ dengan suami lepas 3 bulan kahwin.

Sedih dan perit masa tu... Tapi lepas sebulan di KL dan PJJ dengan suami, suami ikut jejak MF jadi warga Kuala Lumpur. Maka bermulalah kehidupan kami membina keluarga di Kuala Lumpur.

Hidup di Kuala Lumpur ni biasa saja... Bandar besar yang sentiasa sibuk, penuh cabaran dan dugaan...

Dugaan yang tak boleh dilupakan ialah catuan air. Pernah dua hari takde air, kemudian 2 hari ada air… memang susah hidup sebab air bercatu…

Tapi tak hairan dengan masalah air ni kalau korang tengok air sungai kat Kuala Lumpur, nak celop jari pun tak tergamak. Memang menggelikan.. penuh sampah…

Lepas 2 tahun tinggal di Batu 6 Gombak, kami pindah ke Batu 4, Gombak dengan kehidupan yang sedikit selesa.

Alhamdulillah... Suasana kampung dipinggir bandar... Tenang sikit dari kelam kabut kota.

Waktu petang di hari minggu biasa bawa anak-anak ronda kampung masa tu... Kat kampung tu ada satu sungai... Airnya dah tak jernih... Tapi masa tahun 2014 ada satu projek kami tengok dibuat di situ..

Rupanya projek perangkap sampah... Bagus projek ni... Kami dapat tengok banyak sampah terperangkap.. Nampak sangat mentaliti orang kita bab kebersihan alam sekitar terutama sungai ni, masih rendah.

Projek perangkap sampah ni satu langkah pihak DBKL khususnya untuk membangunkan semula sungai Kuala Lumpur.

Dengan biayai RM3.4 billion projek ini melalui beberapa fasa, bermula dengan fasa pembersihan dan kemudian pembangunan semula. Memang MF sendiri lalui dan tengok proses pembersihan dan perangkap sampah ni dibina di Sungai Gombak masa tu...

Projek pemulihan sungai ni dinamakan River of Life.

Kolam Biru Kuala Lumpur

River of Life - Betul Ke Ini Sungai KL Ni?

Project River of Life ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur yang bertujuan untuk ubah Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi satu ikon waterfont yang dinamik dan berdaya huni melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.


Projek ini dilancarkan pada Julai 2011, dan dirasmikan oleh Perdana menteri Malaysia. Sejak ianya dilancarkan  menampakkan perubahan pada sungai di KL dan lebih bermakna lagi perubahan ini bermula di tempat di mana Kuala Lumpur itu sendiri bermula, iaitu di tebing tempat pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, kira-kira 170 tahun dahulu.

Kolam Biru Kuala Lumpur

Kalau tengok sungai KL dulu dan sekarang ni, memang Nampak beza sangat. Jauh beza sungguh… sampaikan tertanya, betul ke sungai KL ni?

Melalui projek ini, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif membersihkan semula sungai seperti menaiktaraf sistem pembetungan, menambah perangkap sampah di sepanjang sungai dan memperkenalkan sistem Interceptor.

Kolam Biru Kuala Lumpur


Inisiatif di bawah pembersihan sungai ini telah mencapai 81% kemajuan pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Selain nak mengindahkan sungai kat KL ni, dibawah projek ni juga kerajaan turut memulihara bangunan-bangunan warisan negara dengan menaiktaraf struktur sedia ada dan meningkatkan kemudahan rakyat ke kawasan di sekelilingnya.

Macam  kerja-kerja di Presint 7, melibatkan penaiktarafan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan penggabungan elemen dan motif Islam dalam rekabentuk serta pengindahan tamannya. Ini termasuk penambahan ruang solat seluas 4,400 kaki persegi untuk keselesaan lebih 1,000 orang jemaah.

Selain tu, kemudahan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad juga ditambah dengan pembinaan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan masjid dengan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang dapat memendekkan tempoh masa perjalanan daripada laluan sedia ada sehingga 50%. Senang ada jalan shortcut… Mudah orang nak solat Jumaat dan solat Fardhu di masjid bila masuk waktu terutama waktu Zuhur.

Kolam Biru Kuala Lumpur

Sebenarnya, harapan kerajaan dari usaha dan projek ini ialah supaya  kawasan di sekitar sungai ini akan disenaraikan sebagai satu kawasan tarikan pelancong yang setanding dengan bandaraya seperti Melbourne, Seoul dan Singapura yang mempunyai waterfront yang ikonik dan menarik.

Selain projek River of Life ni… ada satu lagi projek menarik juga kat KL iaitu Projek Kolam Biru. Projek ni idea PM kita la…dan idea ni beliau cabar YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu menarik lebih ramai pelancong dan warga kota.

Kolam Biru Kuala Lumpur


Hasilnya, hari ini kita dapat lihat limpahan cahaya yang berwarna-warni dan pancutan air mengikut irama muzikal di Kolam Biru ini yang akan meningkatkan lagi daya tarikan kawasan sungai kat KL. Memang menarik… Lepas ni syok la pergi KL…


Memang teruja betul lihat perubahan sungai kat Kuala Lumpur sekarang ni... Serius rasa teruja nak pergi dok KL semula. Memang tahun pertama MF balik Johor rasa menyesal pun ada... Sebab memang rindu betul kat Kuala Lumpur.

Banyak sangat moment indah kami jadi warga Kuala Lumpur. Tambah dengan perubahan Kuala Lumpur sekarang ni... Lagilah rasa membuak-buak nak dok sana semula. Huhu...

Apa pun, usaha kerajaan untuk membangunkan sungai ini satu usaha yang murni walaupun menelan belanja yang besar.. Tapi, usaha ini akan membazir jika  kita masih mengamalkan sikap negatif dalam pemuliharaan sungai, seperti contoh, menjadikan sungai ibarat longkang tempat pembuangan sampah.

Kita kena buang mentaliti sungai sebagai tempat buang sampah... Sama-sama kena jaga sungai... Sebab sungai sumber utama pembekal air kepada kita. Kita akan mati kalau takde air untuk hidup.

Jadi, sama-sama jaga keindahan sungai kita. Kerajaan kita dah usaha indahkannya, kita pula bertanggungjawab untuk kekalkan keindahannya.

Info Tambahan

Antara komponen utama program/projek yang dilaksana adalah seperti berikut:
ROL 1 - Kerja-Kerja Rasionalisasi 17 Buah Loji Rawatan Kumbahan di Setapak, Keramat & Wangsa Melawati

ROL 2 - Kerja-Kerja CCTV dan Pemulihan Rangkaian Paip Pembetungan Awam Sediada di Kuala Lumpur, Selayang & Ampang

ROL 3 - Kerja-kerja Menaiktaraf 16 Buah Loji Rawatan Kumbahan Awam di Selayang, Selangor.

ROL 4 - Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan di Batu, Jinjang Kepong, Kuala Lumpur

ROL 5 - Kerja-kerja Rasionalisasi dan Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Sediaada di Bukit Antarabangsa

ROL 6 - Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bunus, Kuala Lumpur

ROL 7 - Kerja-kerja Rasionalisasi 19 Buah Loji Rawatan Kumbahan Awam di Selayang, Selangor

ROL 8 - Kajian Terhadap Loji Rawatan Kumbahan Awam dan Persendirian Yang Terbengkalai di Kuala Lumpur, Selayang dan Ampang

ROL 9 - Projek Penyambungan Premis di Seputeh, Ampang Hilir dan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Rujukan: 
najibrazak.com
http://www.jpp.gov.my
google image (gambar)

24Ulasan

  1. Cantiknya, tak sangka dah berubah macam ni sekali

    BalasPadam
  2. Owhh..mcm tu rupanya diaorang buat..bagusnya usaha perubahan macam ni..tak ada lah orang tengok Malaysia ni kotor..KL kan ibu negara

    BalasPadam
  3. Harap sgt warga Malaysia ni mengubah sikap dan tak lagi buang sampah kedlm sungai..kalau tak apa yg kerajaan lakukan tak akan berhasil dgn jayanya kan

    BalasPadam
  4. wah seronoknya.. dah tak macam sungai lagi. Perubahan yang besar ni.Tahiah Dbkl

    BalasPadam
  5. wow terbaik laah.. tak sangka sungai kl jadi camni dah.. kalau xde pendedahan cmni mmg iris tak tau ape pun.. tq for sharing

    BalasPadam
  6. Jomlah sesama kita mengekalkan kebersihan dan keindahan river of life ni.. 😍😍

    BalasPadam
  7. Cantikkan river of life...me pon rindu nak dok kl semula..sbb tu tiap2 bulan g jln kl juga..hihi

    BalasPadam
  8. Wah.. Bagusnya usaha dbkl ni.. Nk mencantikkan lgi sg kita. Klu camni punya cun mmg ramai la org tertarik utk tgk seniri ROL kat sini..

    BalasPadam
  9. Usaha ne bukan sehari dua punya kerja. Moga rakyat semakin sedar dan tak buang sampah merata-rata. Cantik Kl sekarang

    BalasPadam
  10. Memang dulu rasa tak suka tengok sungai kl ni banyak sampah tapi sekarang rasa tenang je cantik sungai kl ni

    BalasPadam
  11. Usaha yg sgt bagus... Moga selepas ini sg kl lebih terpelihara utk anak cucu cicit kita pd masa depan.

    BalasPadam
  12. samalah kak. x terjangka jadi warga kl. sebelum ni ROF Xdelah secantik ni. sekarang dwngan lampu2 waktu malam air pancut berirama & ikan2 kat kolam. tepi sungai tu. mwmang best

    BalasPadam
  13. Artikel yg menarik utk perkongsian ... Mmg mantap projek ni ...

    BalasPadam
  14. Kita kena belajar untuk hargai sungai, hargai pemberian PERCUMA dari ALLAH ni ... moga usaha ini akan diteruskan dan jadi contoh buat semua

    BalasPadam
  15. projek ubahbaikan sungai ni mmg terbaik..dr yg dahulu x berapa nak cantik dah cantik seGAH nama Malaysia..bolehlah menjadi tarikan pelancong

    BalasPadam
  16. Dulu kat sini tak rasa nak singgah jer. sekarang ini jadi tarikan plak.

    BalasPadam
  17. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    BalasPadam
  18. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    BalasPadam
  19. tak sangka boleh berubah sampai camni.. cantik kan?

    BalasPadam
  20. cantiknya sungai ni sekarang. teringin jugak nak jadiwarga kl hehehe

    BalasPadam
  21. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    BalasPadam
  22. Nampak jauh beza sebelum dan selepas pembangunan ROL ni.memang ikonik. Setaraf waterfront di negara lain. Semoga banyak lagi tempat menarik dibangunkan.

    BalasPadam
  23. perghh betul ke kat Malaysia ni. lawaaanya~!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ