GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[REVIEW] Susu Goodday Charge Perisa Coklat Yang Lazat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[REVIEW] Susu Goodday Charge Perisa Coklat Yang Lazat | usu adalah kegemaran MF... Kebanyakan jenis susu MF minum. Seingat MF, tak pernah berhenti minum susu sejak putus susu masa kecil.

Dulu susu tepung murah je.. Sekarang dah macam-macam jenis dan mahal.

Tadi pergi beli susu anak MF, susu Anmum pun dah naik harga... Dulu dapat harga bawah seratus untuk 1 tin besar 1.6kg . Sekarang dah seratus lebih dah tak termasuk GST.

Apapun.. Redha.. Yakin dengan Allah... Rezeki anak tu ada je..

Panjang pula muqaddimah .. Hehe...

Disebabkan suka susu.. Jadi, memang alert dengan segala jenis iklan susu terbaru.

Tapi sebab lama tak layan TV tak perasan plak dengan satu iklan susu baru iaitu susu Goodday.

Dulu tahun lepas susu Goodday jadi viral juga dalam kalangan Blogger sebab ramai cuba minum dan review 2 perisa baru. Iaitu perisa Honey (madu) dan green tea.

Antara dua perisa tu, MF suka yang madu... Green tea tak lepas anak tekak nak telan.. Tapi ada orang suka green tea.. Ikut selera masing-masing.

Rupanya, dalam tak sedar.. Tahun ni Goodday keluarkan produk baru.. Susu Coklat Charge...

[REVIEW] Susu Goodday Charge Perisa Coklat Yang Lazat

Suami MF la yang beli kat 7E, kalau tak MF pun tak tau...

Susu coklat Goodday Charge ni untuk lebih tenaga dan ditambah dengan pelbagai vitamin untuk keperluan badan.


Mmmm .. Sedap rupanya.. Rasanya lemak berkrim disukai ramai... Minum plak sejuk-sejuk... Rasa macam aiskrim Baskin Robbin...  Hehe...

Yang penting kurang manis... Memang tak rasa manis.. Yang rasa coklat dan susu...

Susu ni beri khasiat untuk mata, tulang dan meningkat imunisasi badan.

Harga untuk satu kotak 250ml ni... dua ringgit lebih kalau beli kat 7E. Kalau kedai atau pasaraya biasa.. Murah lagi...

Dah macam suka dan ketagih plak... Sebab MF suka susu kan.. Tapi jenuh gak la nak beli kat 7e sebab mahal.

Tadi ada cari kat AEON, takde pula jual... Tapi mungkin sebab masih baru kan.. Tak meluas lagi lah.. Rasanya kat pertronas atau shell ada jual.

Bagi tekak MF, memang sedap susu ni.. Lemak berkrim gitu... Rasanya kalau bekukan buat macam aiskrim Malaysia.. Mesti lagi sedap kan..

Siapa rajin boleh try. Insha Allah... Tak rugi mencuba.. 

1Ulasan

  1. Tq share MF.. skrg tgh minum fresh milk HL je. Nanti nak try ni

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ