GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap | Lama tak makan keli... Bila ada member offer ikan keli terus terbayang kan ikan keli goreng berlada.. Sebab tu resepi feveret MF...

Ikan Keli ni memang MF suka... Tapi tak suka nak siang dan nak buat...

Tapi memang resepi berasaskan ikan keli memang MF suka. .

Ikan Keli Goreng Berlada senang sangat nak buat... Cuma leceh tang ikan tu je.. Nak siang semua  kan.. Tapi kalau nak makan takde masalah..

Meh kita tengok macam mana mudahnya nak masak ika  keli goreng berlada...

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap


Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap 


  • Ikan keli sederhana besar.
  • bawang putih-ditumbuk.
  • bawang besar-ditumbuk.
  • cili merah-ditumbuk.
  • cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.
  • Minyak masak.
  • Serbuk Kunyit.


MF tak letak sukatan sebab sukatan tu ikut lah berapa banyak korang nak masak... Kalau ikannya sikit, bahan lain pun sikit... Kalau ikan banyak bahan pun banyak guna.. Jadi, fleksibel.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Cara memasak ikan keli goreng berlada

1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dan toskan minyaknya.

2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.

4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.

5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.

6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Boleh kalau nak tambah hiasan dengan potong bawang Holland bulat-bulat... Dan masukkan akhir sekali sebelum matikan api tu... Menambah rasa sedap manis dan deko yang cantik semasa menghias hidangan.

Tips Membersihkan Ikan Keli

Tips ni MF dapat dari kawan dan sebenarnya MF sendiri tak mampu nak buat sendiri sebab geli.. Hihi...

Apa pun.. MF kongsi kan disini untuk pengetahuan bersama... Atau mungkin satu hari MF nak belajar masak sendiri ikan keli... Boleh godek kat blog sendiri...

Biasanya kalau beli ikan keli kat pasar kita boleh minta disiang siap... Kalau tak nak kepala pun dia boleh tolong potongkan... Kita balik terus bersihkan aje...

Kalau kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut. Ni pun mak MF sendiri ajar juga...

Lepas basuh darah semua tu, lumurkan ikan keli dengan limau nipis atau asam keping untuk hilang lendir. Kalau kat kampung, mak MF guna daun jambu batu. untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.

Perap kejap dengan bahan tu lebih kurang 15 minit camtu... Kemudian bilaslah dengan air bersih.

Tips Elak Ikan Keli Meletup Ketika Menggoreng 

Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan atau kelar banyak kat badan ikan tu.. Sebab dengan cara tu air dari ikan tu cepat la kering... Jadi kurang lah meletup masa menggoreng... .

Mudah je nak masak... Tapi nak siang ikan keli tu yang mencabar...

MF beli ikan keli siap goreng je.. Pastu balik  buat kuah lada tu.. Hehe...

Nak masak tu takde hal.. Nak siang tu yang leceh... Hihi.. Kot nanti dah buat tak lalu nak makan pula..


Kredit gambar: Lauk berbuka hari ini... Hihi... 

5Ulasan

  1. selalu kalo makcik beli pun dia suruh orang kedai siang. hehe memang tak sanggup nak siang ikan tu..

    BalasPadam
  2. Nampak betul-betul terangkat tu tapi ciktie tak makan ikan tu. Kena tukar ikan lain hehe

    BalasPadam
  3. samalah kita tak pandai siang. husband memang suka keli ni, tapi kita tak makan. selalu beli siap je.

    BalasPadam
  4. dkt rumah saya, saya sorang je tak makan ikan keli ni.. :)

    Aerill Hassan

    BalasPadam
  5. fav adik sha ni tapi semalam baru makan ikan keli bakar hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ