GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Mudah Cili Kisar Tahan Lama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Petua Mudah Cili Kisar Tahan Lama | Rutin suri rumah, sediakan kelengkapan dapur untuk lebih mudahkan kerja dapur. Tak perlu nak berlama-lama di dapur.

Jika sebelum ni MF pernah kongsikan petua kupas bawang putih dengan mudah. Kali ni MF nak kongsi petua mudah untuk cili kisar tahan lama.


Bagi MF dan suami yang suka makan pedas, tak selera kalau takde cili kat rumah. Dulu, MF biasa beli je cili kisar di kedai, tapi lebih puas buat sendiri.

Cili kisar di kedai tahan lama sebab ada bahan pengawet. Tapi kita yang buat atau proses sendiri boleh juga bagi tahan lama jika kena caranya.

Biasanya cili kisar MF tahan lebih dari 3 bulan. Tapi biasanya tak sempat 3 bulan dah habis sebab suka makan pedas kan..

Petua Mudah Cili Kisar Tahan Lama


Mudah je nak bagi cili kisar tahan lama, rebus cili kering hingga kemas. Kemudian, dah kembang, basuh dan toskan air.

Petua Mudah Cili Kisar Tahan Lama

Sebelum kisar dalam blender tu, masukkan bawang putih dalam 2 labu, 2 sudu kecil garam, 1 sudu besar cuka makan. Kemudian, kisar hingga halus. 

Petua Mudah Cili Kisar Tahan Lama

Dah siap.. simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. 

Petua Mudah Cili Kisar Tahan Lama

Jika nak guna, pastikan guna sudu bersih untuk cedok. Insha Allah tahan berbulan-bulan. Dengan syarat... Masa keluarkan nak guna tu, ceduk kemudian simpan semula dalam peti sejuk. Jangan biar terdedah suhu bilik lama selepas keluarkan dari peti sejuk. 

Mudah je kan.... Cili kisar akan tahan lama dan lebih sedap. Bagi cili yang jenis pedas menyengat boleh tambahkan bawang besar. 

InshaAllah, cara ini menjadikan cili kisar tahan dan sedap bila dimasak. Pasti memikat seisi rumah... InshaAllah... 

3Ulasan

  1. nice sharing

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. orait...terima kasih atas perkongsian...sblm ni sy xpernah masukkan garam + cuka...boleh try la ni

    BalasPadam
  3. yg putih2 dalam cili tu apa? bawang putih ke?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ