GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Basuh Botol Susu Yang Betul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Basuh Botol Susu Yang Betul | Botol susu satu keperluan ibu-ibu yang ada anak kecil. Sebab menyusu tu satu keperluan utama bayi untuk membesar. Tak kira menyusu badan bagi ibu bekerja atau menyusu dengan susu formula, pasti guna botol susu. Ada juga yang guna cawan dan picagari tapi sikit je mungkin bagi kes-kes tertentu.

Membasuh botol ni satu rutin harian yang tak pernah habis selagi anak menyusu. Seingat MF dah 7 tahun dah la la rutin harian ni MF buat.

Setiap hari basuh botol, tapi betul ke botol susu anak kita tu bersih? Bagi bayi, sangat perlu jaga kebersihan botol susu ni... Sebab untuk elakkan keracunan dan alahan atau kesan buruk yang  lain. Jadi kena jaga betul.

Jadi, MF nak kongsikan cara basuh botol susu yang betul ikut pengalaman dan saranan doktor.


Cara Basuh Botol Susu Yang Betul

Cara Basuh Botol Susu Yang Betul


CUCIAN BOTOL:

1. Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.


2. ‎Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.

3. ‎Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.

4. ‎Letakkan dalam keadaan terlangkup.

5. ‎Boleh digunakan setelah kering.

DISARANKAN:

1. Untuk mempunyai 6 - 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.

2. ‎Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.

3. ‎Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.

TAMBAHAN:

1. Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.

2. ‎Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.

3. ‎Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.

4. ‎Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan

Kredit : Dr. Tajul Ariffin Norsadan

Jadi, tahu kan... Inilah pelaburan kita sebagai ibu bapa... Kena berikan masa untuk basuh botol dan laburkan sedikit wang untuk beli botol baru setiap 6 bulan atau sehingga berubah warna.

Jangan risau , sekarang keperluan menyusu ini dah masuk dalam list pengecualian cukai... Jadi, simpan resit beli botol atau alat penyusuan bagi ibu yang menyusu badan.

Nak mudah beli alat untuk strile botol susu... Jimat masa. Tapi MF sendiri guna kaedah lama iaitu rebus je dalam air panas.

Semoga bermanfaat... 

4Ulasan

  1. selalunya akak rendam je dalam air panas then keringkan...Botol susu memang sentiasa bertukar...thanks sharing info ni maria

    BalasPadam
  2. wah
    ilmu untuk orang bujang macam saya nih
    nanti senang
    hehe

    BalasPadam
  3. dapat ilmu baru untuk yang preparing nak ada baby mcm azah ni. tq sharing sis

    BalasPadam
  4. Betul tu.. botol dan puting susu memang ada bakteria kalau kotor... dalam blog ni ada detailkan... memangmenakutkan. Elok sangat baca artikel tu.. ni link nya. https://www.mummyluv.com/2019/01/susu-beracun-cara-cuci-botol-dan-puting-susu-bayi-supaya-tak-berkerak.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ