GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu | Ayam antara menu paling popular dan sering dimakan. Jarang sangat nak jumpa orang yang tak makan ayam langsung kecuali berpantang sebab tertentu. Kebiasaannya semua orang suka ayam, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Seekor ayam, ada bahagian tubuh ayam yang sesetengah orang suka makan. Ada yang suka makan bahagian kaki, kepak, dada atau peha. Tapi sebenarnya, bahagian-bahagian ayam ni... Tak semua bagus untuk dimakan. Bahkan kalau dimakan selalu boleh memudharatkan kesihatan.

5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu
5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu

5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu


1. Kulit

Antaranya adalah kulit ayam, makan ayam tanpa kulit pasti akan rasa kurang lengkap. Adalah lebih enak jika kulit ayam tidak dibuang, namun begitu terdapat kajian di Jepun mendedahkan antibiotik, hormon, toksin sebenarnya telah larut di dalam lemak di kulit ayam tersebut.

2. Leher ayam

Kalau dahulu ‘orang tua-tua’ selalu berpesan jangan makan banyak leher ayam kerana takut kepala teleng. Tetapi, sebenarnya pesanan itu lebih pada nasihat untuk tidak makan terlalu banyak leher ayam, ini kerana bahagian leher ayam mengandungi kandungan bakteria serta virus yang tinggi.

3. Kepak

Kepak juga adalah bahagian ayam yang beracun, ramai orang terutama yang mahu berdiet suka mengambil bahagian kepak untuk dimakan. Sangkaan mereka kepak adalah bahagian yang kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian ini dikatakan mengandungi pelbagai jenis ubat. Bahagian ini sering digunakan oleh penternak ayam untuk menyuntik pelbagai jenis ubat untuk proses tumbesaran ayam.

Apabila terlalu kerap memakan bahagian kepak, risiko seseorang itu untuk terkena penyakit kanser sangat tinggi... Biasanya kalau makan kepak, MF akan potong hujung kepak dan hujung tu sikit.

4. Kepala

5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu
Sumber: google images

Selalunya bahagian kepala kurang digemari orang ramai. Dan biasanya orang buang je... Tapi ada sesetengah orang suka makan otak ayam. Otak ayam ada tersimpan kandungan yang berbahaya sebab dari pemakanan dan suntikan ayam.

5. Bontot Ayam

5 Bahagian Ayam Yang Bahaya Jika Dimakan Selalu
Sumber: google images

Jika banyak mengamalkan memakan bontot ayam, seseorang itu berisiko menghidapi sakit kanser usus. Ini kerana segala ubat yang dimasukkan dalam ayam tetapi tidak dapat dicernakan dengan baik akan berkumpul di bahagian ini.

Sebaiknya elakkan diri untuk memakan makanan yang boleh membahayakan kesihatan. Tidak salah untuk memakan ayam tetapi perlu di seimbangkan dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayur sayuran dan juga melakukan senaman.

Pertama kali MF pergi pasar malam kat Johor... Waktu tu masih belajar di UTM, Skudai... Kulit dan bontot ayam ni dijual goreng tepung... Terkejut MF sebab kat tempat MF takde jual...

Part-part ni semua MF tak makan kecuali kepak la... Tu pun tak kerap sangat sebab anak MF kurang gemar makan ayam. Anak-anak suka makan ikan lagi... Tapi nak dapat ikan yang segar agak susah... Dah harganya lebih mahal dari ayam... Tapi kurang risiko penyakit jika makan ayam. Untuk diet sihat memang perlu lebihkan pengambilan ikan dari ayam... Tapi ayam juga bagus asalkan tak ambil 5 bahagian ini.

Semoga bermanfaat.

3Ulasan

  1. Kalau paha okay tak.. Sebab saya suka makan bahagian paha hehe while my siblings hate it so much and umi memang suka gila makan bontot ayam, tang mana sedap dengan bontot tu pun tak tahu laa 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau x silap saya pernah baca,peha adalah bahagian yg Nabi Muhammad S.a.w paling suka

      Padam
  2. alamak favourite tuu.T_T..kecuali kepala ngn bontot ayam tu la -.-

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ