GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online | Sebelum ni asyik tengok je orang update pasal Unifi dan webe...  Pernah juga tertarik dengan tawaran dari Webe, sekali semak coverage takde pula kat kawasan rumah MF ni... Terus tak jadi lah nak cuba.

Tak lama lepas tu, dah ramai orang guna, webe pula problem... Line slow sangat dan kadangkala terputus... Biasa lah kan.. Line baru...

Ramai yang komplen ... Dan dari semasa ke semasa TM cuba upgrade untuk memuaskan pelanggan nya... Dan akhirnya, demi nak kembalikan kepercayaan pelanggannya, TM kembali dengan memperkenalkan produk baru iaitu Unifi Mobile.

Tawaran menarik TM bagi untuk Unifi Mobile ni... 1 juta sim kad percuma untuk pelanggan yang bertuah. Setiap sim diberi 20GB internet 4G LTE percuma.

Memang menarik... MF teruja juga nak cuba, tapi memandangkan macam susah nak jumpa TM Center kan... Jauh plak tu dari rumah... Lupakan Aje lah...

Sekali Abang MF la, dia promo kat group adik beradik kami... Dia la ajar Cara nak dapatkan sim kad Unifi Mobile secara percuma ni.

Rupanya, mudah je nak dapat ... Online sahaja...

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online, dua kali dah MF gunakan cari ni... senang dan mudah... Tak perlu nak ke TM Center untuk dapatkan sim kad unifi.


1. Download aplikasi Unifi Mobile di Play Store atau Apps Store. Percuma je.

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

2. Buka apps tu dan interface depan tu ada dua pilihan... Tekan aje "I Want To Get A Sim". 

3. Kemudian, tick  Lepas tu kena lah isi Nama, dan No Kad Pengenalan.
Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online


4. Nanti korang kena isi lagi segala data dan maklumat seperti alamat dan nombor telefon dalam tu.

5. Lepas dah isi, nanti dia akan hantar kod pengesahan melalui SMS kat nombor phone yang korang isi dalam borang tu.
Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

6. Lepas tu, akan ada satu pilihan korang nak berapa sim kad. Seorang user maksimum 5 sim kad. Kemudian pilih lah nombor yang korang berkenan untuk sim yang korang pilih tu.

7. Lepas tu, next lagi hingga akan diberi pilihan sama ada nak ambil sendiri di TM Centre atau korang nak TM pos.

8. Kalau rasa tak sempat nak pergi ambil kat TM centre, guna pos Aje senang, tunggu je sim kad tu sampai depan rumah, macam MF 😁

9. Jika pilih pos, kena lah bayar kos shipping... Iaitu RM10.60. Jadi rugi kalau ambil 1 sim je untuk pos kan.. grab la 5 terus..

10. Kos shipping boleh dibayar dengan 2 cara iaitu sama ada dengan kad kredit atau online banking.

11. Selesai bayar, korang tunggu je nanti dia akan hantar SMS, bila dia hantar nanti.

MF order hari Isnin, hari Rabu sampai. Diorang pos guna CityLink. Dijamin sampai.

Lepas dah dapat sim.. terus je masukkan dalam phone.

Cara nak setting diberitahu dalam tu... Bahkan dia siap SMS lagi untuk setting.

Cara Aktifkan Simkad Unifi Mobile.

1: Go to Settings
2: Choose "Mobile Network"
3: Choose "Access Point Name"
4: Type "unifi" at Name & APN field
5: Save the setting

Settle dan boleh guna.

Pengalaman MF... Rupanya ada coverage Webe area rumah MF... sebab dia guna Line yang sama je... Memang ternyata laju... Suami layan movie online dah takde sangkut dah... Padan lah 4G LTE. Hah! Sebelum korang dapatkan sim kad ni, pastikan phone korang memang support SIM Kad 4G , kalau tak slow juga la ye.

Puas hati juga la... Memang seronok lah layan internet buat masa ni.. laju je..

Internet free ni selama 3 bulan... Lepas 3 bulan ikut korang la nak guna lagi ke tak... Tak pun simpan je lah ... Boleh juga guna bila terdesak... Hehe...

Siapa yang belum dapatkan, try lah... Percuma untuk dicuba.. tak rugi mencuba... Kalau ok, boleh teruskan... Jika tak fikir-fikir kan... 😊

4Ulasan

  1. teringin nak juga suami kata tak payah rumah sebab dah guna data

    BalasPadam
  2. Saya ada beli sim unifi tetapi x dapat di guna kan ada sesiapa yang boleh bantu saya?

    BalasPadam
  3. Sila hubungi saya jika ada yg boleh membantu saya 0168238495 number WhatsApp

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ