div id='header-inner'>

Berapa Banyak Nak Letak Ubat Gigi Semasa Memberus Gigi?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berapa Banyak Nak Letak Ubat Gigi Semasa Memberus Gigi? | Jika buat iklan tak semua betul... Selama ni gosok gigi memang ikut iklan je.. bukan ikut kata doktor gigi pun... Kalau ikut iklan dia tunjukkan ubat gigi tu kena letak sepanjang bulu berus gigi.. dan sebenarnya, baru tau cara tu salah...

Cara dan kuantiti yang betul untuk letak ubat gigi pada berus gigi ialah secoeet je..

Ubat gigi


Berapa Banyak Nak Letak Ubat Gigi Semasa Memberus Gigi?


Ikuti Perkongsian Dr Izaza Dentist:

Brapa banyak nak letak ubat gigi ? Ada yang kata, ikut iklan, letak ubat gigi sepanjang berus gigi, lagi banyak ubat gigi, lagi bersih gigi bile berus. Betul ke ?
.
Errmm, tu membazir namenye. Sepatutnya, letak ubat gigi sebesar kacang tanah je. Sebab, ubat gigi sebesar kacang dah cukup nak bersihkan 32 batang gigi dalam mulut
.
Cara berus gigi yang betul sangat penting. Ubat gigi diletak di bahagian hujung berus gigi, dan berus gigi perlahan-lahan
.
Bahagian badan berus gigi, selalunya kurang digunakan, sebab saiz lebih lebar. Hanya digunakan, untuk berus permukaan atas gigi dan sisi gigi.
.
So, guna ubat gigi sebesar kacang tanah. Jangan membazir ye!
.

Rupanya selama ni banyak pembaziran ubat gigi telah dibuat... Sejak tahu ni, dah tak membazir dah... Thanks doc. 😁



Katanya lagi...

Untuk kanak-kanak

Untuk kanak-kanak pun kena berkira nak letak banyak mana ubat gigi ye. Bukan kedekut, tapi untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak juga
.
Bayi usia 0 bulan sehingga 2 tahun, selalunya tidak digalakkan guna ubat gigi. Tetapi, ada ibu ayah yang complain mulut anak berbau, jadi boleh gunakan ubat gigi kanak-kanak TANPA FLOURIDA
.
Gunakan sedikit sahaja, sebesar SEBUTIR BERAS dan diratakan di permukaan berus gigi. Supaya semua permukaan gigi dapat ubat gigi sama rata


Ubat gigi kanak-kanak

.
Bagi kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga 5 tahun, masih gunakan ubat gigi tanpa fluorida, cuma saiz ubat gigi sebesar KACANG PEA 
.
Kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga 6 tahun, gunakan ubat gigi sebesar KACANG TANAH, masih tanpa fluorida. Sebab ada lagi anak-anak yang masih belum pandai meludah
.
Yang telah berumur 7 tahun ke atas, ibu ayah dah boleh mula gunakan ubat gigi dewasa yang mengandungi FLUORIDA. Sebab dah ada gigi kekal dan gigi kekal perlu flourida untuk kekal kuat dan sihat
.
Banyak mana ? Ikut secara berperingkat seperti penggunaan ubat gigi tanpa fluorida
.
Anak yang berusia 7 tahun, mulakan sebesar sebutir beras dan diratakan di atas berus gigi, sebab anak baru belaja rasa ubat gigi dewasa yang pedas dan berangin.
.
Bila anak dah serasi dengan rasa pedas, boleh letakkan sebesar kacang pea pada usia 8 tahun sehingga 9 tahun.
.
Dan seterusnya sebesar kacang tanah pada usia 10 tahun dan ke atas. Selamat mencuba 😁

Kredit terus dari Facebook Dr Izaza Mohd Zan

Memang banyak tips pasal gigi kat Facebook dia.. sekarang ni mudah dah nak belajar dan tahu pasal kesihatan badan dan  anak-anak... Doktor dah canggih dah.. tulis kat Facebook, kita follow dan baca, tinggal nak praktis je..

Catat Komen

4 Ulasan

  1. haish... mmg tak tahu pun selama ni byk mana nak kena guna ubat gg tu, main blasah sj... hehe... nice sharing MF

    BalasPadam
  2. Baru tAhu berapa banyak nak guna. Selama ini fikir makin banyak ubat gigi, makin bagus untuk gigi. Hihihi

    BalasPadam
  3. sllu letak sikit je sbb nk jimat..rupanya betul eaa caranya..hihi

    BalasPadam
  4. sy mmg letak sikit je sbb ubat gg yg sy gn tu mng syorkn gn sikit je da memadai

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)