div id='header-inner'>

Tak Penat Ke Anak Ramai?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak Penat Ke Anak Ramai? | Soalan yang biasa ditanya oleh orang yang lihat kita anak kecil ramai. Mak MF sendiri pun pernah suara kan rasa kasihan sebab MF nampak penat uruskan anak kecil yang ramai.

Bagi MF sendiri 4 orang anak tak ramai mana... Tapi zaman sekarang 4 orang tu dikategorikan ramai dah.. Sebab majoriti orang kalau dah dapat sepasang anak dah stop tak nak tambah anak lagi.

Apa pun, bukan ramai atau tak anak tu... Ada anak kecil memang penat. Tak tipu... Cuma bagaimana kita uruskan kepenatan tu.

Tak Penat Ke Anak Ramai?

Penat tu biasa... Tapi itulah GOLDEN MOMENT yang kita ada sewaktu membesarkan anak kita. Tak lama pun dah... Nanti dah besar kita rindukan moments tu.

Bila fikirkan anak ni, suami MF cukup tempoh kerja dia, dia berhenti untuk jaga dan didik anak sendiri... Sebab kerja MF tak boleh nak berhenti kalau tak cukup tempoh nya... Lagipun itulah satu-satunya cara untuk MF berbakti sikit untuk ibu bapa di kampung.

Dia nak jaga dan didik sendiri... Walaupun ada peluang untuk dia kembangkan bisnes dia tapi bagi dia GOLDEN MOMENT dengan anak masa kecil, dia cuma buat bisnes kecilan di rumah.

Kerana pengalaman tu datang sekali je. Penat sekarang je, insha Allah dah besar nanti dah senang. Anak dah lepas dari kita nanti buat lah apa sahaja yang nak buat.. Nak travel satu dunia ke, nak pergi seminar bisnes ke.. Nak kumpul harta dan amal ke... Sekarang ni kami fikir nak habiskan masa dengan anak dalam kadar hidup yang sederhana... Asalkan tak meminta... Alhamdulillah... Anak ramai ni juga ada saja rezeki dia... Tak pernah hidup meminta... Alhamdulillah...

Bagi yang ada anak.. Bacalah kisah ni bila rasa susah dan penatnya anak ramai...

Sumber Google images

TUJUAN AKHIR


Seorang pengurus yang memiliki gaji 30,000/bulan sedang berdiri di tepi pantai dan memandang ke arah laut, ketika seorang nelayan merapatkan perahunya. 

Pengurus itu bertanya :
Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk menangkap ikan sebanyak ini?

“Tidak lama, 5 jam sahaja " jawab nelayan.

“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menangkap lebih banyak lagi ?”

“Ini sudah cukup buat keluargaku.”

“Apa yang di lakukan diluar waktu menangkap ikan?”

“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”

“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus. 

“Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menangkap ikan, beli perahu yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa perahu.’

Jangan jual ikan kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri. 

Kendalikan produk, agihan dan penghantaran.Setelah itu anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”

“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya nelayan yang mulai tertarik.

“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus. 

“Setelah itu tuan ?”

“Inilah bahagian yang paling menarik,
Anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”

“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”

“Lalu, tuan boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.

Oooooooh..

kalau TUJUAN AKHIR nya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan,

Kalau menunggu 20 tahun lagi, anak-anak saya sudah besar, jadi tak mungkin lagi saya bermain dan mengantar mereka ke sekolah. Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama, sahut si nelayan sambil meninggalkan manager yg kebingungan.

Moral of Story : 

Jangan lewatkan GOLDEN MOMENT bersama ANAK-ANAK, IBUBAPA & KELUARGAmu
Kerana HAL INDAH ini TIDAK AKAN TERULANG DUA KALI dalam kehidupanmu

Syukurilah semua hal baik yang kau miliki bersama keluarga mu saat ini.

Sumber cerita: Telegram Group

Catat Komen

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)