بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
11 Cara Jimat Nak Beli Kereta | Kereta satu keperluan dah sekarang. Bukan lagi kehendak. Nak ke mana-mana lebih cepat naik kenderaan sendiri. Tambah bagi yang dah bekerja dan berkeluarga. Agak mencabar nak bawa anak berderet naik kenderaan awam waktu balik kampung kan. Jadi, kereta ini satu keperluan yang patut ada. Biar pun bukan kereta yang mewah, tapi ada.
Bagi yang baru nak beli kereta atau tengah survey nak beli kereta, MF nak kongsi kan sedikit ilmu dan pengalaman untuk lebih jimat membeli kereta.
11 Cara Jimat Nak Beli Kereta
1. Menabung dan Beli Cash
Nak jimat, beli kereta secara cash. Tambah kalau kereta second hand lagi digalakkan beli cash daripada beli hutang atau sambung bayar sebab bila kereta second ni, banyak kerenah dia berbanding kereta baru.2. Beli ikut keperluan
Ni point paling penting... Kenapa nak beli kereta... Kalau dah ada kereta kenapa nak beli lagi satu kereta... Kehendak atau keperluan? Fikirkan sendiri...3. Kira gaji
Kira gaji dan beli ikut keperluan dan kemampuan.
Baca juga : Kereta Yang Layak Dibeli Ikut Taraf Gaji
4. Kira Interest Rate Pinjaman Bank
Kira dan bandingkan kadar interest yang rendah. Dan bandingkan juga kadar interest pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi sesuatu bank. Jika kadar interest pinjaman peribadi lebih rendah, ada baik ambil pinjaman peribadi dan beli kereta secara cash. Ini MF pernah buat masa beli Kereta Perdana dulu.5. Pasti tiada komitmen hutang kereta lain
Jangan tambah bebanan hutang. Pastikan hutang satu kereta dah selesai atau hampir selesai baru fikir untuk ambil kereta baru. Kalau satu belum habis, jangan ditambah yang lain... Nanti terbeban jadinya, terpaksa pula buat dua tiga kerja.6. Bayar deposit besar.
Bayar deposit besar untuk dapatkan kadar bayar bulanan yang lebih rendah. Tapi betul- betul besar la... Setakat dua tiga ribu tak memadai sangat. Kalau boleh trend in dengan harga yang sepadan pun bagus juga... Lebih jimat.7. Beli waktu promosi
Biasanya ada syarikat jual kereta akan buat promosi beli kereta dengan bayaran rebat tinggi. Contoh promosi hujung tahun atau musim perayaan.Sumber : google |
8. Beli Kereta yang jimat minyak.
Kereta guna minyak bukan air. Minyak pula makin naik harga, jadi penting untuk beli kereta yang lebih jimat minyak.Kereta dengan teknologi Hybrid dikatakan lebih jimat dari kereta biasa.
Baca : 11 Cara Nak Jimat Minyak
9. Pasti beli kereta yang murah dan mudah dapat spare part.
Ini pun penting. Kalau beli kereta yang jarang orang beli biasanya susah nak dapat spare part ataupun spare parts mahal dari biasa. Harga kereta mungkin murah, tapi tak jimat jika spare parts mahal.Sumber :, google |
Pernah dulu nak beli satu MPV tu, memang cantik, spec pun bagus dan harga murah. Tapi bila tanya pengalaman orang spart part mahal pula.
10. Insurans dan road tax murah.
Insurans murah bergantung kepada syarikat insurans dan berapa boleh cover. Tapi road tax murah ikut power enjin kereta tu sendiri... Makin besar CC sesebuah kereta makin besar juga cukai jalannya.11. Survey dan tanya pengalaman orang lain.
Tak salah juga berjimat dengan dapatkan pengalaman orang lain. Setiap orang ada caranya tersendiri untuk lebih jimat masa membeli kereta. Yang suami MF buat masa nak beli kereta dulu... Dia masuk group-group kereta kat Facebook dan dapatkan pengalaman dari mereka yang dah pakai kereta nak beli tu.Itu je kot perkongsian MF mengenai 11 Cara Jimat Beli Kereta. Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan MF yang pernah beli kereta serta perkongsian dari suami MF sendiri yang agak tahu bab-bab automotif ni.
Pengalaman MF sendiri beli kereta, pernah beli kereta seconds hand. Kami cari kereta yang layak dan mampu untuk dibeli. Mulanya nak beli MPV, tapi waktu tu MPV pun masih mahal dan MF nak beli cash, hasil lebih duit pinjaman peribadi selepas settel kan hutang lain. Tujuan nak beli tu sebab nak lebih selesa sebab anak dah dua waktu tu. Akhirnya kami ambil Proton Perdana V6. Dan masa ambil kereta second cash tu, hutang kereta suami iaitu Viva660 juga dah habis bayar. Jadi, memang ringan beban waktu tu... Segala hutang selesai... Hutang motor, kereta selesai... Bulanan cuma bayar hutang rumah dan sewa rumah.
Bila dah nak pindah ke Johor.. Mula fikir nak beli Kereta lain yang lebih besar sebab rancang nak tambah anak juga waktu tu.. Jadi, nak ambil MPV sebab nak lebih selesa memandangkan perjalanan lebih jauh. Jadi, kami jual kereta Perdana dan ambil MPV... Jadi, komitmen bulanan sama saja seperti di KL dulu... Rumah sewa tak payah dah bayar, bayar rumah sendiri dan kereta sahaja.
Itulah pengalaman MF bab beli kereta. Kami beli pun kereta tempatan sahaja sebab bukan untuk bergaya nampak kaya, tapi untuk lebih selesa dan keperluan keluarga.
alhamdulillah la siapa dpt beli kereta cashkan..liez dan suami beli kereta lepas setahun kawin..rezeki pakai kereta lewat sikit
BalasPadamBetul tu MF. Beli kereta ikut keperluan, bkn kemahuan.
BalasPadambagus info ni sis...bagi yang baru2 keja nak beli kereta boleh baca tip ni
BalasPadamyg no 11 tu ramai yg lupa esp yg br beli kete 1st time
BalasPadamSaya suka yg no 7 tu.. beli masa promosi
BalasPadamApa yang paling penting adalah planning. Betul tak ?
BalasPadam