GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Untuk Anak Demam Panas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Untuk Anak Demam Panas | Bila anak sakit, Allahu... risaunya hati ibu ayah bukan kepalang... tidur tak lena, makan pun ala kadar... pelbagai ubat dan petua akan dilakukan untuk redakan demam secepat mungkin...

Selain petua, jangan lupa untuk bermunajat kepada Allah... ada beberapa amalan dan petua untuk redakan demam panas secara perubatan Islam.

Doa Untuk Anak Demam Panas

Jika anak demam, amalkan membaca:

  • Al-Fatihah (1x), 
  • Ayat kursi (1x), 
  • Doa demam panas (3x) iaitu:  "Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api". 

Dibaca pada air kosong dan bagi anak minum ataupun buat jelum kepala dan badan anak.

Sumber: google images

Juga boleh amalkan bacaan Bismillah Lima. Baca dan hembus pada air (19x), kemudian lap badan anak dengan air tersebut sambil selawat.


Semoga bermanfaat...

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ