GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Sebab Suami Isteri Bergaduh dan Cara Nak Selesaikannya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Sebab Suami Isteri Bergaduh dan Cara Nak Selesaikannya | Ingat tak lagi lagu P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". Bait lagu tu satu inspirasi yang patut dihayati oleh semua pasangan suami isteri. Bergaduh dan konflik dalam rumahtangga itu perkara biasa. Tapi walaupun biasa, tak boleh dibiarkan dan perlu cari jalan penyelesaian supaya ianya tak menjadi 'barah' dalam rumah tangga.

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya.

8 Sebab Suami Isteri Bergaduh dan Cara Nak Selesaikan punca suami isteri bergaduh yang boleh kita amalkan bersama dalam kehidupan berumahtangga.

1. Pendapatan

Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Tapi kalau gaji isteri yang lebih besar dari suami. Itu yang selalu jadi masalah dan punca suami isteri bergaduh.

Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

Penyelesaian:

Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika  berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.

2. Anak

Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

Kes macam ni, biasa suami selalu menuduh isteri... Sedangkan ada juga kes, yang isterinya sihat tetapi suami pula yang bermasalah.

Penyelesaian:

Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan isteri dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda.

Tuhan juga ingin menguji kesabaran kita dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.

3. Campur tangan keluarga

Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

Penyelesaian:

Kita harus bersikap terbuka. Sebelum isteri dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga isteri atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan.

Kalau isteri bekerjaya, tak perlu pertikaikan duit yang dia keluarkan untuk keluarganya. 

4. Seks

Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

Penyelesaian:

Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya. Tak salah luangkan masa dan berbincang hal ini. Jangan pendam! dan jangan malu untuk mengatakan!.

5. Keyakinan

Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

Penyelesaian:

Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan.

6. Mentua

Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

Penyelesaian

Sekiranya isteri tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.

Setakat ni, MF tinggal sebumbung dengan ibu mentua... Alhamdulillah... takde konflik yang besar berlaku. Dan suami juga memahami. Sayangi ibu mentua macam ibu kita juga. Tanpa ibu mentua, takdelah suami kita kan. Tak salah pun kalau kita beralah dan bersabar... Sebab satu hari kita juga akan tua.

7. Ragam berbeza

Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

Penyelesaian:

Terima pasangan seadanya. Jika suami seorang pendiam, isteri harus peramah. Cuba selami minat pasangan sendiri. Tapi kalau dua-dua peramah memang meriah, kalau dua-dua pendiam, takut jadi masalah pula... 😅😅😅

8. Komunikasi terbatas

Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat.

Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Penyelesaian:

Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.

Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

Amalkan "pillow talk" antara suami isteri. Ini antara amalan MF dan suami dari awal kahwin sampai sekarang. Lepas anak-anak dah tidur, kami akan berbual sebelum nak tidur tu. Luah perasaan, bebel pasal isu semasa, dan macam-macam. Sedar tak sedar kadang sampai 2 3 pagi bersembang. Tapi itulah kebahagiaan... 😊😊😊

Kredit: Bahagian Dakwah, Jakim

Kesimpulannya, membina rumahtangga yang rukun dan damai perlu ada prinsip dan matlamat yang jelas sebelum kahwin lagi. Komunikasi paling utama dalam rumahtangga. Banyak berlaku kes cerai sebab salah faham dan ketidakfahaman antara pasangan. 

Jika ada konflik yang berlaku, yang paling utama sabar dan bawa berbincang. Suami kena rasional dan jangan emosi kerana isteri akan jadi lebih beremosi. Apa yang penting, rumahtangga yang rukun  dan damai, ialah suami isteri yang sentiasa menjaga hak Allah.. Insha Allah, tunjang rumahtangga yang bahagia, bila mementingkan agama dan akidah yang satu. Insha Allah... 


Semoga bermanfaat... 

2Ulasan

  1. Perkahwinan satu proses yang berterusan..perkongsian dan perjuangan.Wajar jika timbul masalah namun dari masalah yang timbul itu pandang sebagai hikmah untuk lebih mengenali pasangan.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ