GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Cara Kecutkan Rahim Dengan Cepat Selepas Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Cara Kecutkan Rahim Dengan Cepat Selepas Bersalin | Rahim wanita, bila tiada janin di dalamnya hanyalah sebesar penumbuk... Tapi bila ada janin ianya boleh membesar berganda-ganda. Itulah salah satu kebijaksanaan dan kekuasaan Allah.

Selepas melahirkan, pastinya rahim kita perlu dikecutkan untuk kembali ke saiz asal. Ianya penting untuk menjamin kesihatan wanita itu sendiri. Kalau rahim tak kecut betul,badan kita jadi lemah dan rasa tak sedap badan.

Jadi, ada beberapa petua dan cara baru dan lama boleh di guna pakai untuk kecutkan rahim selepas bersalin dengan cepat.

Cara Kecutkan Rahim Dengan Cepat Selepas Bersalin

5 Cara Kecutkan Rahim Dengan Cepat Selepas Bersalin


1. Menyusukan Anak

Fitrah Allah jadikan... Lepas beranak Allah akan berikan susu untuk baru lahir melalui ibunya... Itu memang fitrah. Bahkan binatang pun ada susu untuk anaknya. Jangan sesekali kata susu takde... Cuma cepat atau lambat je susu tu nak ada je...

Menyusukan anak bukan sahaja berrmanfaat untuk anak, tapi juga kepada ibu. Salah satunya dapat cepatkan proses pengecutan rahim... Rahim mudah kembali ke saiz asal dalam masa seminggu jika ibu berusaha memberi susu dengan kerap kepada anak yang baru lahir.

2. Bertungku

Ini cara lama... Tapi masih releven hingga ke hari ini... Jangan kata bertungku ni kuno pula.. Tapi cara lama ini masih diamalkan oleh orang kita untuk proses kecutkan rahim dan menjadikan rahim ke saiz asal dengan cepat.

Jika dulu, orang guna tungku batu dengan diletakkan daun-daun kayu untuk memberikan lebih khasiat, tapi zaman sekarang susah dah nak dapat tungku batu ni... Jadi, digantikan dengan tungku besi dan tungku herba tapi fungsinya tetap sama.

Seeloknya, bertungkulah seawal mungkin selepas bersalin... Kalau kat hospital agak susah kan, jadi sebaik balik rumah terus bertungku.. Rahim cepat kecut, badan pun akan rasa ringan dan cepat sihat bertenaga. Ini antara pengalaman MF sendiri lah... Dalam masa seminggu rasa sihat dah... Sebab tu tanda rahim kita dah kembali ke saiz asal walaupun tak sepenuhnya.

Bagi yang bersalin secara pembedahan boleh bertungku.. Tapi jangan letak diperut lah... Letak di bahagian paha dan pinggang...

3. Berbengkung

Bengkung pun amalan melayu lama... Tapi cuma mula amalkan lepas bersalin anak ketiga dan mula konsisten masa anak keempat. Anak pertama dan kedua tak pernah pakai... Maklumlah badan masih muda masa tu. Tapi bila badan mula berumur, kena lebih usaha untuk lebih fit and slim serta sihat bertenaga.

MF cuma pakai bengkung moden je.. Tapi sebelum berbengkung, sapu losyen atau krim panas untuk kesan slim yang lebih baik serta serapan hingga ke rahim...

Bengkung ni juga menjadi kan rahim kita tak mudah nak jatuh..Sebab lepas bersalin, otot di sekitar rahim masih lemah...Jadi dengan berbengkung dapat mengelakkan rahim jatuh lagi-lagi kalau kita berjalan jauh seperti balik kampung selepas bersalin atau ulang balik ke klinik untuk check bacaan demam kuning.

Bagi yang czer, ada bengkung moden yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan... Boleh cari... Banyak jual secata online...

4. Makan Jamu

Makan jamu satu proses untuk sihat kan rahim dari dalam. Tapi nak makan jamu pasti kan anak bebas kuning dulu.. Sebab nanti anak turut terkena kesan jamu melalui susu badan.

Makanlah apa sahaja jenis jamu yang moden atau buatan sendiri asal kan bersih dan halal.

Antara jamu moden MF pernah amalan ialah Jamu Ratu Dara dan inteemor Ephyra... Memang rasa best badan jika amalkan jamu... Rasa seperti anak dara semula..

5. Berpantang

Pantang makan bukan sekadar 44 hari atau 60 hari atau 100 hari... Tapi lebih daripada itu.

Nak rahim yang sihat, kena korban kan nafsu makan... Elak kan minuman dan makanan yang sejuk paling kurang 6 bulan dan kalau boleh 1 tahun selepas bersalin.

Bab ni MF jaga... Ais, mee atau apa sahaja makanan yang sejuk... Buah yang banyak air atau sejuk memang pantang hingga setahun.. Walaupun di kata orang bab pantang makan ni... Tapi pekak kan telinga je... Sebab badan kita kan... Yang nak sakit kita bukan orang lain...

Selain 5 cara diatas, boleh juga amalkan buat senaman kagel untuk ketatkan vagina dan kecutkan rahim secara semula jadi.

Bagaimana nak tahu rahim dah kecut?

Caranya mudah saja... Jika lepas bersalin, darah nifas bukan lagi merah darah yang pekat sebaliknya dah warna coklat maroon... dan darah pun dah tak banyak... 

Selain tu, boleh rasa sendiri dibahagian bawah pusat.. cuba tekan dan rasa dengan jari... jika tak rasa lagi benjolan atau ketulan di bawah pusat dan atas sikit dari ari-ari tu maknanya rahim dah kecut.

Tanda rahim dah kecut yang lain, kita rasa badan kita dah sihat... dah boleh berjalan tanpa perlu nak pegang perut lagi... boleh berjalan seperti biasa... Itu antara tanda yang kita boleh rasa rahim kita kecut.. 


Itu sahaja sedikit perkongsian dari pengalaman mak anak empat ini... Rahim kita kena la jaga betul-betul.. Sebab tiada ganti dah kalau rosak... Nauzubillah...

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

  1. Sy setuju smue yg di ats.
    Amalan berpantang yg dikatakan kuno ini wajib diikuti. Sape yg tak percaya.. rasalah akibatnya.. kalau bdn masih muda mungkin tak rasa.. tp bile usia da meningkat 35 ke ats.. baru rasa bisa kesan tdk mnjd pantang dgn betul.
    Buatlah cara berpantang spt yg di cdgkn di ats. Smue tu utk kesihatan bdn perempuan yg prnh melahirkan ank.
    Sbb itu Allah mewajibkan suami menghargai isteri. Isteri telah merosakkan seluruh bdn utk melahirkan zuriat nye.
    Tak hargai jgk tak taw le.. 😊

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ