19 Fakta Bitcoin Yang Patut Kita Tahu!

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

19 Fakta Bitcoin Yang Patut Kita Tahu! | Bitcoin, sebelum ni dok dengar je orang sebut... Secara ringkas apa yang MF sendiri tahu Bitcoin ialah matawang digital... Tapi bagaimana transaksi dan caranya kurang jelas. Tapi di Malaysia tak terkecuali, ramai juga yang join dan main bitcoin ni..sebab katanya boleh untuk berganda.


Apa Itu Bitcoin

Bitcoin adalah satu matawang digital yang telah diperkenalkan oleh seorang atau sekumpul pengaturcara di bawah nama Satoshi Nakamoto. Ianya telah diperkenalkan kepada umum pada tahun 2009. Pada peringkat awal, ianya banyak digunakan untuk membuat transaksi di pasaran gelap.

Hukum Menggunakan Bitcoin

Setakat ni takde fatwa mengatakan hukum Bitcoin ni... Tapi di Indonesia ada ulama yang mengharuskan. Namun, Dr. Zaharuddin mengatakan ada unsur gharar dalam transaksi bitcoin.

Apa pun, setelah membaca beberapa fakta tulisan Azizul Azli Ahmad ini, dapat sedikit gambaran apa itu Bitcoin.

Sumber: google images

19 Fakta Bitcoin Yang Patut Kita Tahu!

BITCOIN SEDANG MELANDA! 
.
1. Saya tidak terlibat dengan Bitcoin maka ini pandangan saya bila ramai yang bertanya. Pandangan orang yang terlibat mungkin berbeza. 
.
2. Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem matawang semasa. 
.
3. Bitcoin hanya diasaskan pada pengiraan matematik dan bukannya emas atau perak seperti matawang lain didunia. 
.
4. Pada saya ia bukan pelaburan tetapi ia adalah matawang cryptocurrency sahaja. 
.
5. Pengasasnya juga tidak jelas, lelaki yang bernama Satoshi Nakamoto (2009) tidak jelas kewujudannya atau sekadar watak yang diwujudkan sahaja.
.
Pada akhirnya semua menafikan mereka pengasas dan terlibat. 
.
6. Kenaikkannya luar biasa dari RM13,000 julai tahun 2015 hingga julai tahun ini bernilai RM73,000! 
.
7. Nilai Bitcoin 4 tahun lepas adalah hanya RM50 dan kini RM2000.
.
8. Setiap transaksi ini hanya direkod oleh 'block chain' dan hanya boleh membeli sesama yang ada bitcoin. 
.
9. Bitcoin pernah mengalami kerugian paling besar pada tahun 2014. Sebuah exchanger Jepun digodam dan sebanyak USD 460 juta telah dicuri ! Curi atau dilari? 
.
10. Kata Warren Buffett " Stay away from it, it's a mirage basically. The idea that it has some huge intrinsic value is a joke in my view"
.
Tetapi Richard Branson agak optimis tentang Bitcoin.
.
11. Menurut Dr Zaharuddin terdapat unsur gharar dalam urusan Bitcoin. 

.
12. Ada institusi kewangan yang menyokong seperti Fidelity Investment dengan benarkan pelanggan mereka letak 'Wallet ' di website mereka. 
.
13. Pada penghujung 2017 nilai Bitcoin telah mencecah lebih USD10,000 perunit melebihi nilai McDonald's, IBM dan Disney
.
14. Reuter pernah melaporkan sebanyak USD64 juta Bitcoin telah dicuri di NiceHash oleh perompak digital professional. Jika di Malaysia berlaku ini, dimana kita nak laporkan? 
.
15. Hanya pemilik Bitcoin yang tahu nilai yang ada dalam block Chain. Duit dalam dompet kita, kita sahaja yang tahu berapa ada. Jika tetiba hilang bagaimana kita nak maklumkan jumlahnya pada 'polis'? 
.
16. Bank Negara Malaysia tidak mengiktiraf dan mengawal selia Bitcoin ini. 
.
17. Sebagaimana Bank Eropah dan Amerika telah beri amaran bahawa tiada pemantauan dan duit dibuat hanya dialam maya
.
18. Bila kita ingin jadi pelabur, istilah 'risiko' akan datang bersama perkataan pelaburan itu. Bagaimana kita ingin kecilkan, menguruskan dan mengambil risiko bergantung pada ilmu pengetahuan kita. 
.
19. Revolusi kewangan sedang berkembang dengan pesat. Jika kita sukakan sesuatu medium pelaburan sekali pun, jangan terus kagum dan suka. Bila terlalu suka akan datang dukanya nantinya. 
.
Sekadar pandangan saya, mohon lebih berhati hati buat sahabat semua. Saya raikan pandangan lain
.
Tak semua yang ramai orang buat itu betul yang sikit buat itu salah. 
.

Apa pun, masih banyak nak kena baca dan hadam pasal Bitcoin ni... Nanti ada yang kecam pula kan... Apa pun, bagi kita yang kurang ilmu baik urus niaga dan cari duit yang jelas dan nyata je la kan... Nak buat bitcoin ni baik cari ilmu secara mendalam jangan hanya ikut orang atau kawan.. Jangan fikir nak kaya cepat je... Cari ilmu dan buat sesuatu dengan ilmu. Sekarang ni takde hukum atau fatwa di Malaysia yang mengharamkan... Jadi, tepuk dada tanya iman... Bagi MF kalau rasa yakin buatlah, kalau tak yakin tinggalkan lah...  
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. sejak kebelakangan ni memang selalu dengar pasal bitcoin ni

    BalasPadam
  2. nice sharing MF dari tak tahu apa itu bitcoin ni dpt info dh kat sini... mmg langsung tak tahu pasal ni..

    BalasPadam
  3. Hmmm.. tak confident lagi. Kena cari maklumat lebih lagi la

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !