GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang | Dalam pantang segalanya kena pantang... Menu berpantang sangat terhad... Hanya boleh makan biskut dan nasi... Tapi kadang terasa juga tekak nak makan kuih-muih di petang hari... Tapi rasa risau sebab tak pasti kuih apa boleh dimakan ketika dalam pantang... Jadi, MF cuba minta pendapat rakan di group MAHN kuih yang boleh dimakan ketika dalam pantang.

10 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

10 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

1. Kuih kaswi
2. Kuih donut3. Apam nasi
4. Lempeng biasa/lempeng kelapa
5. Kuih ladu
6. Kuih peneram
7. Bingka tepung
8. Kuih lapis
9. Cekodok bilis
10. Cucur jawa


Ini antara 10 kuih yang dikatakan boleh dimakan ketika dalam pantang...

Syarat utama kuih ini boleh dimakan sebab 100% guna tepung gandum atau tepung beras, tiada campuran santan atau telur serta kurang berminyak.

Ada juga yang kata cekodok pisang awak boleh dimakan... Tapi kalau MF tak berani nak makan pisang dalam pantang ni... Sejuk beb pisang ni... Tengok je pokok pisang tu berair je dari akar sampai ke pucuk tu... Kalau badan tu tahan makanlah.

Apa pun setakat ni MF tak makan kuih lagi... Cuma semalam suami belikan kuih peneram.. Cuba makan dua biji, terus batuk pula sebab berminyak.. Jadi, tak payah makan kuih lah...

Teruskan aje dengan menu utama iaitu biskut Hup Seng cicah air coklat panas... Pun sedap...

Apa pun, MF saja bertanya bab ni sebab cara berpantang setiap orang tak sama... Bahkan ikut resam dan adat keluarga masing-masing... Jadi, tak boleh nak kecam cara orang... Dia pantang cara dia, kita cara kita. Lagipun ketahanan badan seseorang pun tak sama...

Setakat ni, MF berpantang ikut tradisi keluarga MF cuma tak se'extreme' mak MF yang memang betul berpantang... Hasilnya umur dah lebih setengah abad pun masih kuat dan bertenaga... Tapi MF tak mampu nak ikut macam mak tu.. Hehe..

Jadi, itu serba sedikit panduan berkenaan kuih yang boleh dimakan ketika berpantang.. Kalau rajin buatlah.. Resepi boleh aje Google.. Hehe... Tapi sebaiknya pantang lah dulu makan kuih yang berminyak sebab untuk menjaga kesihatan peranakan kita...

Sekian, semoga bermanfaat....

Sumber gambar: Edit dari Google image 

4Ulasan

  1. Sama la kak. Kekalkan makan biskut hup seng cicah air milo je. Kuih2 memang tak berani nak usik. Tapi paling best masa pantang tengok kuih kawi. Ingatkan tak boleh makan, rupanyaaa... Hihihi. Sabar je la.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ