GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[Throwback] Kalkulator Habis Bateri Masa Jawab Matematik SPM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[Throwback] Kalkulator Habis Bateri Masa Jawab Matematik SPM | Hari ni mata pelajaran matematik bagi peperiksaan SPM 2017. Wajah-wajah kerisauan nampak jelas pada anak-anak didik hari ni. Risau jawapan yang diberikan salah... Walaupun MF tak ajar subjek tu... Tapi kerisauan tu sama macam apa yang MF sendiri alami masa ambil SPM dahulu...

Menggamit kenangan... Zaman MF matematik dah mula menggunakan Kalkulator saintifik.

Subjek matematik adalah subjek kegemaran MF selain subjek sains.. Maklumlah cita-cita tinggi nak jadi pelajar aliran sains kononnya.. Impian nak jadi seorang doktor tu tak pernah padam waktu tu... Tiada langsung hajat nak jadi cikgu apatah lagi ustazah ketika itu.

Sepanjang SPM berlangsung MF tinggal di asrama... Sebab utama takut terperangkap dalam banjir.. Maklumlah waktu tu musim hujan. Jadi, memang minta dengan warden nak dok asrama...

Jadi, sepanjang tu juga MF study di asrama dengan rakan-rakan... Malam sebelum peperiksaan kami gigih buat ulang kaji dan latihan...

Esoknya, sewaktu peperiksaan subjek matematik.. Semua kelengkapan termasuk Kalkulator dah siap sedia. Disebabkan waktu tu penggunaan Kalkulator masih baru, jadi buku sifir saintifik tu masih dibekalkan sebagai alternatif.

Sumber :Google image 

Namun, siapa sangka... Belum pun sampai 10 soalan kertas 1 matematik... Tetiba Kalkulator MF terpadam... Tekan-tekan tak berfungsi... Fuhh... Berpeluh.. Cuak... Dalam hati rasa nak menyumpah... Waktu nilah dia nak habis bateri dan buat hal... Sebelum ni ok je...


Tiada pilihan.. Tak boleh buang masa. Kena lah perah otak kira secara manual... Habis ruang kosong yang ada MF guna untuk buat kira-kira. Buku sifir yang dibekalkan digunakan sepenuhnya.

Tak toleh kiri kanan... Kira dengan tekun... Perah otak giler-giler... Sebab kena ingat formula...

Habis sahaja kertas matematik... Keluar dewan dengan pasrahnya..  Harapan nak dapat A, macam tipis sahaja... Jadi, redha aje dengan keputusan nanti...

Berlalu lah subjek matematik dengan kenangan pahit...

Hari ambil keputusan SPM, pastinya subjek matematik MF tengok dulu... Haha... Tak sangka... Rezeki memihak kepada MF... Dapat A matematik... Rasa Nak menangis pun ada waktu tu... Ye lah.. Dengan kira manual berbanding kawan lain yang guna Kalkulator waktu tu... Tak sangka mampu juga dapat A.

Itulah kenangan waktu SPM yang MF tak dapat lupakan walaupun dah lebih 10 tahun kenangan tu berlalu...

Apa pun results keseluruhan hanya sederhana... MF lanjutkan ke peringkat STPM untuk layakkan diri masuk universiti... Alhamdulillah.. Menebus kegagalan masa SPM, dengan STPM, akhirnya MF masuk universiti dengan kursus impian ibu bapa MF untuk melihat salah seorang anaknya jadi pendidik...

Doa dan impian itu MF telah laksanakan... Dan hari ini MF pula menjadi pendidik anak bangsa... Alhamdulillah...

Buat calon SPM 2017, buat yang terbaik... Jangan siakan harapan ibu ayah... Kerana itulah hadiah terindah dari anak buat ibu bapanya iaitu sebuah kejayaan yang tak ternilai dek wang ringgit... Semoga berjaya SPM 2017.

Esok subjek MF ajar... Redha dan tawakal aje dengan anak-anak didik ni... Moga keputusan tahun ni lebih baik... Moga diterangkan hati dan fikiran untuk jawab soalan esok... Insha Allah... Hanya pada Mu Ya Allah.. Aku berserah.. Dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan. 

4Ulasan

  1. As salam. Masa abam kie ambik spm 27 thn dulu memang guna buku sifir je. Tapi Alhamdulillah, keputusan menggembirakan. Tp tgok anak2 murid skrg terlalu bergantung dgn mesin kira..sampai arithmetic yg mudah pun x leh congak!

    BalasPadam
  2. wahh, umur kak maria dah 37 ke? wawa paling suka subjek matematik juga,alhamdulillah yang tu je dapat A. yang lain kelaut.. hahaha

    BalasPadam
  3. Hihi bila ingat balik kenangan tu rasa lawak pun ada. Apa pun disebabkan kenangan dan pengalaman tu la yang mematangkan kita

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ