GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sebenarnya Berkahwin Macam Ni Dik....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berkahwin Macam Ni Dik...| Tadi dok scroll fb terjumpa satu tips perkahwinan yang dikongsikan oleh seorang wanita berstatus pengantin baru.. Sebab tips dia bagi tu memang kena kecam la sebab dia baru kahwin 3 bulan kan...

Tak pe la.. Dia baru kahwin... Kita terimalah tips tu... Cuma sebenarnya kan.. Selepas lalui fasa pengantin baru tu, kita kena belajar hakikat sebuah perkahwinan...



Kahwin ni dik macam ni..

Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤

Ada masa bergaduh boleh runtuh rumahtangga 😬

Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢

Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan 😢

Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖

Ada ketika ipar duai mulut macam celaka 😕

Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅

Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱

Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺

Ada masa rasa  apasal lah macam ni kehidupan 🤔

Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰

Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸

Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍

Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜

Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔❌

Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.

Realiti tak sama dengan fantasi 💑

Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.

Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.

Kredit: Nurmaliza


Sumber: Google images

Nukilan penulis ini menunjukkan realiti perkahwinan yang sebenarnya... Tapi jangan takut... Kahwin ni seronok jika kita bina rumahtangga untuk sama-sama menggapai redha Allah...

Seronok berumahtangga asalkan matlamat kita kahwin tu jelas... Bukan kerana nafsu, bukan kerana harta, bukan kerana siapa-siapa melainkan hanya untuk Allah semata-mata.

Kerana itu.. Bila kahwin itu dikatakan kita dah sempurnakan separuh dari agama...

Hadisnya dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

من رزقه الله امرأة صالحة فقد أعانه على شطر دينه فليتق الله في الشطر الباقي

Siapa yang diberi kurnia oleh Allah seorang isteri yang Solehah , bererti Allah telah menolongnya untuk menyempurnakan setengah agamanya. Kerana itu, bertaqwalah kepada Allah setengah sisanya. (HR. Baihaqi 1916)

Jadi, bina lah cinta dalam perkahwinan setiap hari... Bercinta sebelum kahwin tak sama dengan selepas kahwin...

Banyak kisah rumahtangga kadang kita fikir tak logik dek akal tapi itu lah yang sebenarnya...

Kisah ubat gigi pun boleh cerai berai... Jadi, yang bakal kahwin fikirkan matlamat selepas kahwin korang... Nak hidup bersama sampai bila... Kalau hingga ke syurga pastikan ikut jalan yang betul... Ni nak hidup berbahagia sampai syurga tapi cara hidup macam nak ke neraka... Macam mana cerita... Sama-sama kita fikir dan muhasabah diri sentiasa...

Bila berlaku masalah dalam rumahtangga jangan salahkan orang itu ini.. Tapi MASING-MASING muhasabah diri...

2Ulasan

  1. ya...jgn ambik mudah soal kahwin..berfikirlah sebaik mungkin sebelum membuat keputusan untuk berkawin..

    BalasPadam
  2. Deep... Tapi nasihat yg bagus. Mohon share ye tuan tanah...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ