بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
7 Petua Melegakan Sakit Gigi Menggunakan Bahan Alami | Sakit gigi.. Sakit yang tak dapat ditandingi.. Rasanya sakit bersalin boleh lagi tahan sebab ianya on off... Dan bila lepas bersalin dah rasa lega...
Tapi sakit gigi, denyutannya tu buat satu badan lemah... Naik hingga ke kepala... Sakit kot...
MF pernah alami sakit gigi ketika mengandung anak ketiga.. Dah la masa mengandung tak digalakkan cabut gigi... Tak tahu nak buat apa... Sampai keluar air mata tahan sakit dan akhirnya tertidur... Alhamdulillah... Lepas tu baru rasa lega.
Apa pun, selain cabut gigi ada beberapa petua orang lama untuk lega kan sakit gigi guna bahan yang ada di dapur dan bahan alami...
Sumber :Google image |
7 Petua Melegakan Sakit Gigi Menggunakan Bahan Alami
1) Cuka
Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.2) Kapur Sirih
Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.3) Belimbing Buluh
Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.4) Bunga Cengkih
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.5) Buah Betik Muda
Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.6) Bawang Putih
Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.7) Getah Pokok Kemboja
Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.Bahan yang mudah.. Tapi cara lain biasanya pernah buat, letak minyak cap kapak.. Ataupun kumur air garam hingga rasa kebas...
Apa pun.. Sakit gigi sangat seksa rasanya... Tak tahan kan... Tapi wanita biasa alami sakit gigi ni.. Maklumlah bila makin ramai anak, makin sedikit kandungan kalsium dalam tulang. Kena ambil pil kalsium dan makanan yang tinggi kalsium... Jika tak mudah la alami sakit gigi ni...
Sekian, semoga bermanfaat...
tgh sakit gigi jugak ni.;.err bkn sakit gigi..lebih kepada sakit gusi..bengkak.. azab rasanya..huhu
BalasPadam