div id='header-inner'>

Kek Chiffon Oren Cornflakes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kek Chiffon Oren Cornflakes | Sempena cuti atas kemenangan JDT, semalam sempat la siapkan projek "hero oven" dengan en.somi.

Balik dari makan-makan di Pizza Hut, singgah beli bahan buat kek di kedai runcit.. Idea tercetus sebab lihat banyak sangat buah oren yang tak termakan... Sayang nak buang... Tu yang tercetus idea nak buat kek oren guna perahan jus oren. Gigih MF perah oren guna pemerah jus manual.

MF cuba sediakan bahan-bahan... Tapi suami yang buat sebenarnya.

Tapi sukatan semua tu suami aje yang tahu... Apa pun MF cuba share mana yang patut dan sesiapa nak cuba resepi korang adjust la yang mana patut.

Kek Chiffon Oren Cornflakes



Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum atau 1 cawan tepung gandum dicampur dengan 1 cawan tepung bluekey dan ayak. Jika guna tepung gandum sepenuhnya campurkan dengan 1 sudu baking powder dan ayak sekali.
1 cawan butter
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan jus oren
3 biji telur
2 cawan Cornflakes yang di kisar halus.

Topping - coklat masakan dan marjerin. Dimasak dengan cara double boil.

Cara membuatnya :

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu hingga sebati
  3. Masukkan jus oren, esen vanila dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  5. Matikan mesin pengadun. Masukkan Cornflakes dan gaul rata secara manual sahaja.
  6. Dah sekata adunan, masukkan dalam acuan dan bakar dengan suhu 180 selama 20 hingga 25 minit.

Bila dah masak... Curahkan coklat cair sebagai topping.


Memang sedap gebu kek ni... Manis pun tak manis sangat... Sedang elok aje.. Kalau nak manis sikit, boleh tambah gula lagi.. Cuma jangan banyak nanti kek boleh jadi keras.


Anak-anak suka makan kek... Jadi sesekali memang buat juga... Memang akan habis walaupun berhari baru nak habis. Buatlah kek apa pun.. Jadi tak jadi lain kira.. Yang pasti kek anak pasti kata sedap. Hehe... 

Catat Komen

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)