GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hari Ketiga Pantang Dah Makan KFC Chizza?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari Ketiga Pantang Dah Makan KFC  Chizza? | Dahsyat pantang kali ni.. Hari ketiga pantang dah makan KFC...

KFC buat promosi baru... KFC CHIZZA... Sebelum hari pelancaran... Dah mula dapat info pengumuman di Facebook... Tarikh perlancaran pada 21 NOVEMBER 2017 hari Selasa baru ni. Memang hari Isnin tu dah save the date.. Plan balik sekolah memang nak pergi beli...

Namun, perancangan Allah melebihi segalanya... Pagi 21 NOVEMBER 2017 itulah MF ke hospital untuk bersalin anak keempat... Masa sakit memang tak ingat tarikh tu.. Bila dah petang baru teringat... Laa... Tak sempat nak rasa KFC Chizza...

Sekali semalam, lepas balik dari klinik MF bagitau suami... KFC buat promo KFC Chizza.. Tak nak rasa ke kata saya...

Dia excited la... Terus ke KFC dan beli KFC Chizza... Waaa... Seronoknya...

Makan KFC Chizza Dalam Pantang

Akhirnya dapatlah KFC Chizza... Tapi.. Tapi... MF hanya ambil bau aje... Tak makan pun... Suami makanan untuk MF... Pantang beb.. Pantang... Jangan memain... Badan nak pakai lama.. Sayang badan lagi MF ni.. Walaupun hati teringin tapi redha... Tapi dah set target.. Lepas bersalin nak buat sendiri la KFC Chizza ni...

Owh.. Mungkin ada yang tertanya.. Kenapa tak boleh makan.. Ok.. Pertama sebab masih baru 3 hari.. Kedua, ayam tu digoreng ye... Rahim belum kecut sepenuhnya... Jadi makan makanan berminyak menyebabkan rahim lagi susah nak kecut dan kembali ke saiz dan tempat asal. Kemudian kandungan dalam sos tu mungkin tak sesuai untuk badan. Jadi, lebih baik pantang dari sakit kan... Makanan tu bila-bila boleh makan jika ada rezeki.

KFC Chizza ni senang je... Memang boleh je kalau nak buat sendiri... Kepingan dada ayam digoreng... Kemudian atasnya letak sos prego, letak aje topping macam kita buat pizza tu... Dan taburkan mozzarella cheese... Bakar dalam 5 minit camtu untuk masakkan sos dan cairkan cheese tu... Simple je sebenarnya...

Reviews KFC Chizza 

 Reviews KFC Chizza

Rasanya, reviews dari suami la ye.. Sebab dia yang makan... Mengenyangkan.. Berbaloi dengan harga satu KFC Chizza berharga RM7 untuk ala carte... Saiz... Walaupun kecoh di Facebook kata KFC menipu... Sebab saiz tak sama dengan iklan.. Itu adalah biasa... Sebab bukan pertama kali kot.. Memang teknik iklan macam tu... Pizza hut tu pun sama... Bising pun orang beli juga kan...

Rasa KFC Chizza ni.. Macam kita makan pizza ayam... Cuma sos nya terlampau banyak menjadikan rasanya sedikit masam... Tambah dengan topping buah nenas lagi... Memang rasa masam sikit.. Mungkin ini kat KFC di tempat MF, kat tempat lain mungkin ok kan..

Apa pun.. Puas la dapat beli dan tengok... Walaupun tak dapat makan... Cukuplah dapat belanja suami dan anak-anak... Lepas habis pantang... Kita buat sendiri je Chizza ni... Ikut MF style kan...

Apa pun.. Bagi yang nak merasa tak salah nak beli... Lagipun harganya sepadan lah... Isi ayam tu cukup mengenyangkan... Kalau orang komplen mahal tu, maknanya dia tak pernah pergi pasar dan masuk dapur... Haha... Dia dok banding dengan zaman dulu... Hadoii ai.. Memang tak patut nak bandingkan.. Zaman dulu dan sekarang.. Kos dan taraf hidup sangat berbeza.. Tak perlulah nak bandingkan... Kalau rasa nak merasa... Apa salahnya kuarkan sikit modal... Lepas tu jangan dikutuk makanan.. Nabi tak ajar macam tu... Na'udzubillah... Kalau rasa tak nak makan, diam aje... Dah makan... Puji lah makanan tu sebab itu rezeki... Sedap tak sedap kita sunat memuji untuk dapat pahala..

OK.. Done bebel... Ni gara2 geram dengan netizen yang kuat komplen kat KFC ni la... Terbaca semalam kat Facebook... Kan dah panjang daku membebel... Ok stop!!!

Kesimpulan.. P la merasa sendiri... Sedap juga baunya... Rasanya macam rasa pizza ayam... Ok.. Itu reviews ringkas MF... Nak tau kena la rasa sendiri..

Sekian... 

3Ulasan

  1. petang ni nak singgah makan KFC chizza la, macam keliur pulak baca review akak ni :D

    BalasPadam
  2. mcm nak try jugakk..

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ