GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Cara Putihkan Gigi Dengan Bahan Alami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Cara Putihkan Gigi Dengan Bahan Alami | Gigi putih macam arnab best kalau nak selfie senyum sengih kan.. Tapi nak dapatkan gigi yang putih kena rajin buat scaling.. Tapi tak bagus kerana bahan yang digunakan boleh rosakkan  gigi. Jadi apa kata guna cara tradisional dan bahan semula jadi yang ada untuk putihkan gigi.

10 Cara Putihkan Gigi Dengan Bahan Alami


10 Cara Putihkan Gigi Dengan Bahan Alami

1. Daun Sirih

Rendam beberapa helai daun sirih di dalam air dan didihkan, atau masukkan daun sirih ke dalam air yang mendidih. Biarkan selama 30 minit dan sejukkan. Kumur-kumur air sirih tadi selama dua minit beberapa kali ulangan. Akhir sekali, gosok daun sirih tadi pada gigi. Kumur sekali lagi dengan air bersih.

2. Buah Pinang

Bakar buah pinang sehingga hangus dab tumbuk hingga menjadi serbuk halus. Gosok serbuk buah pinang tadi pada gigi menggunakan kain kapas yang bersih. Amalkan dua minggu sekali sahaja. Serbuk pinang ini selain membantu membersihkan plak pada gigi, ia juga boleh membantu menguatkan gigi.

3. Kulit Limau

Ambil kulit limau dan gosok bahagian dalam yang berwarna putih pada gigi. Amalkan sebanyak dua atau tiga kali sehari. Untuk gigi sensitif, amalkan dua kali sehari sahaja.

4. Daun Salam

Gunakan daun salam dan kulit limau. Caranya, keringkan daun salam dan tumbuk halus. Sementara itu, cincang halus kulit limau sehingga menjadi serbuk. Campurkan kedua-duanya dengan sedikit air dan gosok pada gigi.

5. Lobak merah, saderi, epal dan strawberi.

Keempat-empat jenis buah dan sayuran ini boleh membantu memutihkan gigi. Hanya perlu amalkan selalu makan sayur dan buah ini. Bagi buah strawberi, potong kecil dan gosok perlahan pada gigi.

6. Susu dan yogurt

Amalkan minum susu dan yogurt untuk mengembalikan warna putih dan berseri. Selain itu, susu dan yogurt tinggi kalsium dan ianya dapat membantu menguatkan dan menyihatkan gigi.

7. Serbuk Penaik (Baking Soda)

Sapu rata serbuk penaik pada gigi dan biarkan selama 5 minit sebelum memberus gigi. Amalkan 2 kali sebulan. Penggunaan yang kerap boleh menipiskan dan merosakkan enamel pada gigi.

8. Cuka putih atau cuka epal

Kumur dengan cuka putih atau cuka epal 1 atau 2 kali sebulan. Elakkan secara kerap kerana ia boleh menyebabkan gigi rapuh dan rosak.

9. Lemon dan garam

Perah lemon dan tambahkan sedikit garam. Sapu rata pada gigi. Biarkan selama 2 - 3 minit sebelum berus gigi. Jangan buat selalu kerana boleh merosakkan dan merapuhkan gigi.

10. Arang

Cara tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang zaman dulu. Gosok gigi dengan arang seminggu sekali. Hati-hati gosok gigi dengan arang kerana boleh melukakan gusi dan merosakkan enamel.

Kredit: Majalah Keluarga

Semua bahan mudah nak didapati... Cuma bila cara tradisional kena rajin buat... Insha Allah berkesan... 

1Ulasan

  1. Wah banyak benda kita boleh guna untuk putihkan gigi....thanks sharing :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ