بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Nak Masuk Syurga? Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya | Sebut je syurga semua orang tahu.... Tempat nikmat yang Allah janjikan buat hambaNYa yang beramal soleh semasa di dunia.
Sebut syurga, semua orang nak pergi syurga. Tapi mudah ke nak masuk syurga?
Mudah tak mudah, susah tak susah, tapi kalau kita jaga 6 perkara ni, Insha Allah kita boleh dapat jaminan masuk syurga.
Ini bukan omongan kosong, tapi kata-kata Nabi s.a.w dalam satu hadis iaitu:
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul
Pengajaran:
Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:
1. Jujur jika berbicara.
Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan membezakan antara munafik dan beriman.
2. Menepati janji.
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.
3. Menunaikan amanah.
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan
4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)
5. Menundukkan pandangan.
Ibnu Qayyim: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran.
6. Menahan tangan.
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya. Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis atau menyebarkan sesuatu berita fitnah).
Sumber: Telegram ChannelNampak mudah tapi payah... Tapi kalau nak syurga kena la jaga 6 perkara ni... Rasulullah s.a.w. jamin boleh masuk syurga...
Boleh buat kecuali orang-orang yang sabar dan beramal soleh...
Nak masuk syurga tak??? Kalau nak kena usahalah jaga 6 perkara ini sebaiknya.
thanks sharing
BalasPadam