GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Luban

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Luban  | Luban, mungkin pernah dengar atau tidak... Bagi kita orang Asia, macam pelik.. Apa itu Luban.. Tapi Luban ini adalah salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w dan ianya sangat baik untuk ibu yang mengandung. Sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w :

Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)

Luban 


Apa itu Luban ???

Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya. Luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis.

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.


Luban

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” allubán. Ini juga merujuk kepada   warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di  kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.

Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Tapi zaman sekarang kebanyakan orang tak tahu apa itu Luban.

Sejarah Luban

Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.


Menurut buku perubatan moden “The Pharmaceutical Journal” Dr. John Boswell bertanggungjawab membuat kajian secara saintifik mengenai penggunaan luban mengikut kaedah perubatan moden. Oleh itu, Luban di namakan sebagai Pokok Boswellia bagi mengingati jasa beliau.


Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).


Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.


Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.


Keistimewaan Luban


1.MAKANAN ANJURAN  NABI :

 Luban merupakan makanan As-sunnah yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Radhiallahu ajmain serta Imam As-Syafi’in dan ulama’-ulama’ agung selepasnya. Hal ini berdasarkan pesanan dan saranan Nabi kepada umat Islam agar menjadikan luban sebagai makanan untuk mencerdaskan minda dan menguatkan ingatan anak-anak bermula di dalam kandungan lagi.

      Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” - Kitab Thibbun Nabawi.


      Imam Ali Ridha (sa) berkata
“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)

Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti.

       Banyak riwayat dari Ibnu Abbas,Anas(r.anhuma) dan Saidina Ali(k.w) maksudnya :

 “Di riwayatkan daripada SaidinaAli(k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang   masalah penyakit lupa. Lalu Saidina Ali(k.w.) menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban  dapat menguatkan hati  serta  menghilangkan masalah kelupaan”.

Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir dalam otak. Gumpalan lendir yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sIstem pernafasan.


Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.


Khasiat Luban

Antara khasiat luban yang disebut oleh ulama' adalah:

1. Merawat penyakit lupa dan mengelakkan penyakit nyanyuk.

2. Menguatkan penglihatan.

3. Membantu melawaskan sistem penghadaman.

4. Menghilangkan masalah kahak.

5. Mengeluarkan angin dalam badan.

6. Melawaskan pembuangan air kecil.

7. Mengelakkan masalah kencing tak lawas.

8. Merawat saraf lidah untuk membantu meringankan masalah pertuturan dan mudah berkomunikasi. Bagus untuk anak yang lambat cakap atau pelat ni...

9. Memberi ketenangan (menghilangkan stress)

10.Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. Bagus untuk anak-anak yang bakal hadapi peperiksaan.

11.Menambahkan keyakinan diri. Maknanya boleh redakan darah gemuruh.

12.Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan.

Luban juga disyorkan sebagai ubat untuk tumor, bisul, muntah, disentri dan demam. Dalam perubatan tradisional Cina, kemenyan  digunakan untuk mengubati masalah kulit  dan pencernaan.  Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk mengubati arthritis( lutut kurang lendir ). Khasiat kemenyan sebagai ubat arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika. Maknanya ianya juga sesuai untuk warga emas yang ada sakit sendi dan lemak urat saraf..

Memang banyak khasiat Luban.. Tapi seperti kurma, ianya adalah makanan import dari timur tengah.

Cara Makan Luban

Untuk amalkan luban ni ada 2 cara:

1. Makan seperti gula-gula getah.. Bila dah rasa tawar buang sisanya jangan telan.

2. Rendam 2 3 biji luban dalam air suam semalaman. Keesokannya ambil airnya dan campur dengan madu untuk diminum.

Untuk bayi yang masih menyusu badan, ibu perlu mengamalkan luban. Bayi akan dapat manfaat luban dari penyusuan susu ibu.

Rasa Luban:

Rasa luban dikatakan pahit dan payau.. Bila dikunyah, lama-lama hilang rasa tu dan jadi tawar saja... Yang pahit payau tu lah dikatakan sebagai penawar.

Jika kat Malaysia ni rasa luban mungkin boleh beli kat kedai-kedai Arab.

Jika nak beli online, MF ada juga survey di Shopee Malaysia.. Ada jual.. Harga paling murah RM30 sebotol... Ada juga jual yang siap bungkus biasa saja... Nak beli kat shoppe tengok review yang orang pernah beli la..

Luban

MF sendiri tak pernah rasa luban ni... Tapi pernah tahu berkaitan hadis pasal luban... Kerana tu, MF cuba dapatkan beberapa info tentang luban ni untuk perkongsian bersama selain berkongsi maklumat tentang makanan sunnah ini yang semakin dilupakan bahkan tak ramai orang tahu pasal luban ni...

Sekian, semoga bermanfaat.

Diolah dari sumber: Internet

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ