GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jatuh Air Mata Bila Allah Tunjukkan Hebatnya Kuasa Niat Sedekah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jatuh Air Mata Bila Allah Tunjukkan Hebatnya Kuasa Niat Sedekah | Kisah benar ini berlaku petang semalam...

Siap solat Asar, bersiap-siap 5 beranak nak ke kedai berhampiran untuk mencari lauk pauk buat bekalan mingguan.

Seperti biasa, bila ke kedai berdekatan rumah, si isteri tak bawa wallet nya.  Hanya harapkan duit suami sepenuhnya.

Dah sampai ke kedai, barulah si suami khabarkan yang dalam dompetnya ada RM34.00 sahaja. Duit dalam akaun bank tak dikeluarkan. Dan kedai runcit tak ada perkhidmatan Debit Card.

Jadi, alang dah sampai ke kedai. Beli apa yang perlu ikut bajet yang ada. Memula tu belilah mee, roti, ikan, ayam, telur sebagai bekalan. Kira-kira semula lebih dari bajet... Jadi, terpaksa la letak semula.. Ambil barang yang perlu sahaja.

Lepas tolak yang tidak perlu... Cukuplah bajet... Bila buat bayaran berbaki lagi RM1.

Masa nak masuk dalam kereta, ternampak seorang budak sindrom down. Seluruh taman perumahan tu kenal budak tu... Tak pernah buat kacau, bahkan rajin menolong orang walaupun dia seorang OKU. Dia menyapu daun kering depan kedai di tempat parking kereta.

Kesian tengok dia.. Bila masuk ke kereta... Terdetik hati.. Si isteri kata, tu ada lagi RM1 tu, bagi lah sedekah kat budak tu.. Kesian dia... Si isteri nak bagi lebih tapi takde duit... Jadi, bagi je lah seringgit yang ada tu.

Belum diberi duit tu, hanya niat. Sekali tertarik bekas duit syiling dalam kereta.. Terkejut suami isteri bila tertiba ada RM50... Allahu... Duit apa ni...

Allahu.. Tersentuh hati ni..  Hebatnya kuasa niat sedekah.. Belum sedekah Allah dah tunjukkan kuasanya. Baru niat... Dah Allah bagi balik RM50.

Terus diberikan sedekah kat budak tu, dan si suami ke kedai semula membeli barang yang ingin dibeli tadi...



Allahu, hebatnya the power of Sadaqah... Nilai sedekah itu tak dikira Allah... Walaupun sepuluh sen, asalkan  niat itu ikhlas kerana Allah...

Itulah, setiap rezeki kita ada rezeki orang lain... Jangan seronok sangat bonus dan gaji yang bakal dapat tahun depan, maknanya kita kena lagi banyak kena bantu orang yang lebih memerlukan.

Dalam rezeki kita ada hak orang lain juga. Bila kita tak tunaikan hak itu, itulah punca rezeki kita disempitkan dan ditarik balik dalam pelbagai cara.

6Ulasan

  1. Jangan ragu-ragu dengan kuasa sedekah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, betul tu. Janji Allah itu Pasti..

    Kak maria nak tanya, buat sendiri ke template blog ni? Cantik & simple. ke ada tempah dengan blogger lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat sendiri.. akk tak pernah suruh org... sbb rasa lebih puas buat sendiri...

      Padam
    2. akak buat laa tutorial kak. nak belajar jugak..:)

      Padam
    3. alahai... akk pun ikut tutorial kat google... template cari aje yg free kat google byk..

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ