Bersalin di Hospital Kerajaan Tapi Taraf Layanan Setanding Hospital Swasta dengan Skim FPP

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bersalin di Hospital Kerajaan Tapi Taraf Layanan Setanding Hospital Swasta dengan Skim FPP | Anak 3 baru tau pasal info ni. Rupanya kat hospital kerajaan ada menyediakan layanan setaraf hospital swasta, tapi kena bayar sepenuhnya macam kat swasta. Tapi bayaranya lebih murah dari hospital swasta.

MF pun baru tau je info ni, sebab anak sebelum ni bersalin kat hospital kerajaan sebab guna GL, suami kerja kerajaan dan MF juga kerja kerajaan... Jadi, gunakan kemudaha yang ada kan... Tapi tak sangka pula kalau tak nak guna GL, rasa banyak duit... tapi nak dapat first class punya layanan boleh ikuti skim FPP kat hospital kerajaan. 

Full Paying Patient

APA ITU Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP)?

Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) adalah satu skim di bawah Kementerian Kesihatan di mana skim ini membolehkan pesakit untuk mendapatkan kemudahan dan keselesaan rawatan di hospital Kerajaan sama seperti yang disediakan di hospital swasta dengan bayaran tambahan.

Antara hospital yang terlibat di dalam skim FPP ini ialah Hospital Putrajaya,Hospital Selayang, University of Malaya Medical Centre (UMMC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC).

Servis yang ditawarkan oleh Hospital yang menjalankan FPP ?

Servis atau kemudahan FPP ini amat terkenal di kalangan ibu-ibu di negara kita ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa hospital ini tidak terhad kepada ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan anak sahaja.

Antara servis atau rawatan lain yang boleh didapati di hospital ini di bawah skim ini adalah :
  • Obstetrik & Ginekologi
  • Ortopedik
  • Pembedahan Am
  • Otorhinolaringologi
  • Anestesiologi
  • Pengimejan
  • Rehabilitasi
  • Patologi
  • Psikiatari
  • Perubatan

Syarat-syaratnya adalah…

Pesakit FPP hendaklah bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan.

FPP menikmati faedah berikut:

  • Pilihan anda pakar; seorang doktor yang akan menjaga anda dari anda pelantikan pertama sehingga penghantaran.
  • Epidural apabila diminta.
  • suami anda atau ahli keluarga akan dibenarkan di dalam bilik bersalin (kecuali dalam keadaan kecemasan).
  • Suami anda akan dibenarkan untuk tinggal di sebuah bilik single dengan anda dan bayi anda.
  • menu harian dengan pelbagai pilihan hidangan seperti Melayu, Cina, Barat atau makanan vegetarian.
  • lorong keutamaan untuk rawatan di klinik pakar.
  • Anda boleh memilih untuk Kelas Pertama yang selesa dan swasta atau Executive Ward.
Sumber: https://www.babycenter.com.my/

Kadar Bayaran Rawatan & Waktu

Pendaftaran & Konsultasi sebagai pesakit FPP : RM110
Konsultasi Antenatal : RM60
Kos Bersalin : RM 2,000 – RM 5,000 (bergantung kepada jenis atau keadaan bersalin. Normal, Caesar, Forsceps, Breech dan Multiple Birthds).

Waktu Pendaftaran atau Rawatan : Hari Bekerja (8.00 pagi – 5.00 petang)

Caj Katil bagi pesakit FPP

Kelas Perubatan/Pembedahan/Obstetrics dan Gynaecology
Executive
(katil single)
RM300 sehari
First Class
(katil single)
RM160 sehari
First class
(katil double)
RM130 sehari
First class
(4 katil)
RM80 sehari


Caj Lain
Teater Pembedahan RM250 sejam
Bilik Bersalin RM250 sejam
Bersalin RM401 hingga RM1,000
Epidural RM250
Anaesthesia RM600


Dokumen PENTING PENDAFTARAN :

  • IC/ Sijil Lahir / Visa / Passport
  • Guarantee Letter (GL) daripada syarikat bekerja atau syarikat insuran yang menyatakan kelayakan
  • Deposit
  • Reference Letter / Kad Temu janji (Jika Ada)
  • Pesakit dinasihatkan untuk mendaftar awal semasa kehamilan mereka kerana terdapat banyak prosedur untuk diikuti dan borang untuk diisi. Skim FPP ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia.

Berikut adalah pilihan anda untuk mendaftar di Hospital Putrajaya:
Berjalan masuk atau bertanya di kaunter FPPs itu.
Rujukan oleh seorang doktor di hospital kerajaan atau swasta / klinik.
Pertanyaan di hpj_info@hpj.gov.my atau 03-83.124.316.

Berikut adalah pilihan anda untuk mendaftar di Hospital Selayang:
Berjalan masuk atau bertanya di kaunter FPPs yang (03-61.263.288).
Memanggil Ward 10A di 03-61.265.610.
Anda boleh meminta untuk maklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penghantaran di 03-61.253.333.

Dua Hospital ini adalah hospital rintis bagi program ini... Sekarang ni diperkembangkan ke semua hospital besar di setiap negeri... Setakat ini, maklumat yang MF dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai... Hospital ini terlibat dengan Skim FPP ini:

New FPP Hospitals (Updated Aug, 2017)

Hospital Kuala Lumpur
Hospital Putrajaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Hospital Umum Sarawak
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (pending implementation)
Hospital Raja Permaisuri Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Pusat Perubatan UKM, Kuala Lumpur
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur


Jadi, untuk program ini, bagi yang berminat nak ikuti Skim FPP ni, boleh rujuk hospital besar di setiap negeri anda ya... Ada atau tidak skim ini... Jika tiada, maknanya kenalah ikut prosedur biasa jika nak dapat rawatan di hospital kerajaan, kalau tidak anda pergilah ke swasta.

Sumber: Pembacaan penulis di internet, Facebook, dan perkongsian pengalaman dari rakan-rakan.

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Hospital Selayang utk FPP selalu penuh. Kalau service normal class pun dah baik apa lagi kalau FPP kan.

    BalasPadam
  2. Hospital Tuanku Jaafar servis baik. Tapi rasanya dah tak beranak lagi kot. Hihihi. Kalau rezeki, will go there.

    BalasPadam
  3. wahhh, terbaik juga hospital kerajaan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama