بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
[Review] 24k Magic Lipstick by V-Asia | Pertama kali dalam hidup pakai Lipstick sampai habis... Haha..
Sebelum ni bukan tak habis tapi habis dikerjakan dek anak-anak... Maklumlah anak dara ramai kan... Jadi, buat kali ketiga beli Lipstick tahan lama...
Dulu sebelum reti pakai Lipstick MF pakai lip balm je... Lepas tu bila banyak produk keluarkan Magic Lipstick... Iaitu warna ikut darah... MF terus suka pakai magic lipstick..
Magic Lipstick pertama MF suka pakai ialah jenama D'Herbs... Dua kali beli.. Dua-dua dipatahkan dek anak-anak...
Kali ketiga beli jenama Nutrimetic pula... Alhamdulillah... Serasi juga... Best pakai... Merah tak merah sangat dan... Melembapkan bibir...
Bila nak habis... Beli pula jenama produk mesra wuduk popular di Malaysia... Iaitu Magic Lipstick Nurraysa... Tapi.. Tak berapa best sebabnya... Terang sangat bila MF pakai... Oles nipis pun terang juga.. Suami MF tak bagi pakai...
Lepas mula berkira nak pakai jenama apa pula... Ingat nak beli Nutrimetic juga.. Sekali... Mencari-cari di Shoppee.my terjumpa jenama V-Asia... Hmmm... Harga pun lebih kurang je... Terus beli...
Warnanya cantik... Design cover pun cantik magic lipstick ni...
Sekali Oles, rasa lembap dan bestnya warnanya tak terang sangat... Suami pun suka... Itu yang penting... Memang rasa tak selesa pakai Lipstick terang2 ni...
Jadi, selesa dengan magic Lipstick V-Asia ni... Untuk penampilan yang sederhana dan tak menonjol... Sesuai untuk wanita yang sememangnya aurat bagi lelaki di luar sana..
Wah..boleh cari magic lipstick v-asia lepas nih
BalasPadamPemilihan lipstik memang penting . Tak semua lipstik sesuai dengan kita
BalasPadam