div id='header-inner'>

Resepi Sambal Telur Pecah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Sambal Telur Pecah | Pandai je reka nama resepi ni... Padahal resepi biasa je... Tapi bila diubah ianya jadi lain dari yang lain jadinya... 

Minggu lepas ternampak orang Update resepi sambal telur rebus... Alahai... Teringin pula tengok... Teringat resepi tu, tu yang gigih buat semalam... Lama tak makan sambal telur rebus... Biasa buat goreng telur mata aje... Punca tak buat sebab suami MF tak makan telur rebus... Tu yang tak buat... Tapi sebab teringin sangat semalam... Buat juga... Cuma ubah sikit... 

Sambal telur pecah ni lain sikit sebab MF buat kombinasi telur goreng dan telur rebus dan satu kuah sambal yang sama... 

Resepinya mudah saja... 

Resepi Sambal Telur Pecah


Bahan-bahan:
  • Telur rebus
  • 1 biji telur yang belum direbus
  • Cili giling
  • Bawang besar dan bawang putih (hiris halus/cincang) 
  • Sos cili
  • Bawang besar yang dipotong 
  • Garam dan gula
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Kentang dipotong dadu dan digoreng

Cara-caranya:
  • Goreng telur rebus yang siap dikopek kulit... Goreng agak kekuningan, angkat dan toskan. Kemudian kelar sikit telur tu supaya nanti sambal dapat serap ke dalam telur. 
  • Tumiskan bawang dalam sedikit minyak hingga naik bau. 
  • Masukkan telur yang tak masak tadi... Dan kacau hingga telur tu hancur... 
  • Masukkan cili giling dan sedikit air... Kacau dan biarkan hingga pecah minyak... 
  • Masukkan kentang goreng dan bawang besar yang dihiris bulat... 
  • Kemudian masukkan telur rebus dan gaul rata.. 
  • Masukkan garam dan gula sebagai perasa. 
  • Kalau nak jadikan kuah... Boleh tambahkan sedikit air... 
  • Dah sebati semua bolehlah diangkat dan hidangkan. 

Resepi Sambal Telur Pecah

Rasanya lain sikit dari sambal telur biasa... Rasa lemak dan manis hasil dari telur pecah tu tadi... Dan gabungan bawang besar tadi... Kuah akan jadi pekat dan Sedap. 

MF goreng dulu telur rebus untuk jadikan seperti kulit.. Rasanya lebih sedap macam tu... Itu citarasa MF la.. Boleh saja kalau sesiapa nak cuba buat cam tu... 

Memasak satu seni.. Setiap orang tak sama caranya.. Jadi, boleh saja kita nak ubah cara tu dan pelbagaikan cara orang lain ikut citarasa kita kan... 

Sesiapa nak mencuba cara ni... Dipersilakan.. 

Catat Komen

4 Ulasan

  1. saya pun suka telur. kalau masak merah atau masak lemak cili api memang tak toleh kiri kanan dah

    BalasPadam
  2. boleh cuba ni. alang2 tgh cuti. hihiii

    BalasPadam
  3. boleh cuba ni semnetara tgh cuti :D

    BalasPadam
  4. Sedapnya. Menu sambal ni memang fav mya.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)