div id='header-inner'>

Ini Sebab Kenapa Perlu Elak Beli Rumah Berbumbung Pendek dan Rendah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Sebab Kenapa Perlu Elak Beli Rumah Berbumbung Pendek dan Rendah | Perasan tak design dan patern rumah teres sekarang. Dah jarang guna atap genting... Apatah lagi jenis berbumbung tinggi... Kebanyakan rumah patern rumah bumbung pendek dan rendah... Nampak moden dan mewah... Tapi sebenarnya, ada kekurangan disebalik patern rumah sebegitu...

Bacalah panduan ini,(klik sini) mana tahu kemudian hari boleh buat rumah sendiri kan. Di lokasi tanah yang strategik menggunakan khidmat kontraktor rumah Selangor yang dipercayai ramai. Nas Nuri Construction.

Ini Sebab Kenapa Perlu Elak Beli Rumah Berbumbung Pendek dan Rendah


MENGAPA BUMBUNG PENDEK?

1. Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.

2. Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.

3. Fungsi bumbung selain beri 'rasa' cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

4. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti 'span' cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

5. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam 'steamboat' nanti.

6. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.

7. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus kedalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

8. Pemaju jana keuntungan dari 'design modern' ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'.

9. Bagaimana kita tahu bahawa 'design hebat' ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

10. Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

11. Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.



Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.

Azizul Azli Ahmad (PhD)
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak


Moga penulisan ni jadi panduan untuk yang sedang mencari rumah sebagai aset... MF pun sedang cari rumah... Tapi nak cari yang ada tanah pula... kalau tak dapat corner lot, dapat cari tanah pun ok... sebagai aset kedua untuk waris yang bakal ditinggalkan... Insha Allah... 

Catat Komen

5 Ulasan

  1. Design mcm ni nampak cantik tapi kurang berfungsi dengan baik.
    Last2 pembeli juga yg kena tambah roofing nnt ....

    BalasPadam
  2. Nurul suka design rumah macam ni.. taoi bila dah tahu gini memang tak nak la.. boleh datangkan bahaya jugak..

    BalasPadam
  3. dah hilang fungsi bumbung la kiranya ni

    BalasPadam
  4. Saya tertarik dengan point nombor 8.
    - Pemaju jana keuntungan dari 'design modern' ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'.
    Lepas tu kita pula yang terpaksa bayar kontraktor lain untuk pasang awning.. Kopak la tiga pat ribu hengget.

    BalasPadam
  5. awal dulu tengok rumah macam ni terfikir, ramai arkitek bijak.. design rumah cantik2.. hee~ tapi lepas baca.. kesian plak kat pembeli..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)