GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Amalan Sunnah Pada Hari Raya Aidiladha

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 Amalan Sunnah Pada Hari Raya Aidiladha | Hari raya Aidil Adha tak semeriah hari Raya Aidilfitri kalau di kebanyakan negeri di Malaysia. Namun, Aidil adha adalah hari raya yang wajib kita sambut. 

Hari raya bukan sekadar hari untuk seronok-seronok, selfie, ambil gambar pakai baju raya, sembelih lembu korban... Tapi sebenarnya hari raya hari untuk kumpul pahala juga. 

Berbeza dengan hari Aidilfitri, kita akan sambut hari raya Aidil Adha selama 4 hari... Haram berpuasa pada hari tersebut...

Istimewa kan... 

So, why not kita rebut pahala sepanjang hari Raya Aidiladha tu kan.

Macam mana nak dapatkan pahala sunnah pada hari raya Aidiladha?

Ini caranya...

1. Takbir 

Mengumandangkan takbir di Masjid-masjid, surau dan rumah-rumah pada malam hari raya, dimulai dari terbenamnya matahari sampai imam naik ke mimbar untuk berkhutbah pada hari raya dan sampai hari terakhir tanggal 13 Dzulhijjah pada hari tasyriq. Kerana pada malam tersebut kita dianjurkan untuk mengagungkan , memuliakan dan menghidupkannnya, anjuran ini sebagaimana terdapat dalam Kitab Raudlatut Thalibin 

Disunahkan mengumandangkan takbir pada malam hari raya mulai terbenamnya matahari, dan sangat disunahkan juga menghidupkan malam hari raya tersebut dengan beribadah. 

Sebahagian fuqaha’ ada yang memberi keterangan tentang beribadah dimalam hari raya, iaitu dengan melaksanakan solat maghrib dan isya’ berjama’ah, sampai dengan melaksanakan solat subuh berjama’ah. 

2. Mandi Sunat

Mandi untuk solat hari raya sebelum ke masjid. 

Boleh dilakukan mulai pertengahan malam, sebelum waktu subuh, dan yang lebih utama adalah sesudah waktu subuh, kerana tujuan mandi adalah membersihkan anggotan badan dari bau yang tidak sedap, dan membuat badan menjadi segar, jadi, mandi sebelum ke masjid adalah yang paling baik. 

Berbeza jika mandinya setelah pertengahan malam maka kemungkinan bau badan akan bau semula, begitu juga kesegaran badan hilang. 

Disunnahkan mandi untuk solat hari raya, dan waktunya boleh setelah masuk waktu subuh atau sebelum subuh, atau pertengahan malam. 

Sunah mandi adalah untuk semua kaum muslimin, lelaki atau perempuan, sama ada yang akan akan melaksanakan solat hari raya ataupun bagi perempuan yang sedang udzur syar’I sehingga tidak boleh melaksanakan solat hari raya. 


6 Amalan Sunnah Pada Hari Raya Aidiladha

3. Memakai wangian dan membersihkan badan. 

Disunahkan memakai wangi-wangian, memotong rambut, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak sedao, untuk memperoleh keutamaan hari raya tersebut. 

Disunnahkan pada hari raya membersihkan anggota badan dengn memotong rambut, memotong kuku, menghilangkan bau badan kerana amalan tersebut sebagaimana dilaksanakan pada hari Jumaat, dan disunnahkan juga memakai wangi-wangian. Hari raya tahun ni kena hari Jumaat... Elok sangat buat amalan sunnah ni.. Berganda pahala. 

4. Memakai Pakaian Yang Cantik 

Memakai pakaian yang paling baik lagi bersih dan suci jika memilikinya, jika tidak memilikinya maka cukup memakai pakaian yang bersih dan suci, akan tetapi sebagian ulama’ mengatakan bahawa yang paling utama adalah memakai pakaian yang putih dan memakai serban. 

Berkaitan dengan memakai pakaian putih, ini diperuntukkan bagi kaum lelaki yang hendak mengikuti jemaah solat hari raya ataupun yang tidak mengikutinya, contohnya seseorang yang bertugas menjaga keamanan, anjurannya ini tidak terkhususkan bagi yang hendak berangkat solat saja, melainkan kepada semuanya.

Sedangkan untuk kaum perempuan, maka cukuplah memakai pakaian yang sederhana atau pakaian yang biasa ia pakai sehari-hari, kerana berdandan dan berpakaian secara berlebihan hukumnya makruh, begitu juga menggunakan wangi-wangian secara berlebihan. 

Dalam Kitab Raudlatut Thalibin dijelaskan, disunnahkan memakai pakaian yang paling baik, dan yang lebih utama adalah pakaian warna putih dan juga memakai serban. Jika hanya memiliki satu pakaian saja, maka tidaklah mengapa ia memakainya. 

Ketentuan ini berlaku bagi kaum lelaki yang hendak menunaikan solat hari raya ataupun yang tidak. Sedangkan untuk kaum perempuan cukupla ia memakai pakaian biasa sebagaimana pakaian sehari-hari, dan janganlah ia berlebih-lebihan dalam berpakaian serta memakai wangi-wangian. 

Sabda Nabi SAW berikut memberi penjelasan tentang memakai pakaian yang paling baik, riwayat dari Sahabat Ibnu Abbas RA, 

Rasulullah SAW di hari raya memakai Burda Hibarah (pakaian yang indah berasal dari yaman). 

Pakai yang disunnahkan ialah pakaian yang paling baik dan bersih... Tapi tak semestinya baru... So, kita pakai je lah baju hari Raya Aidilfitri yang lepas kalau masih elok.

5. Berjalan Menuju ke Masjid 

Berjalan menuju ke masjid ataupun tempat solat hari raya. Digalakkan berjalan kaki kerana hal itu lebih utama, sedangkan untuk para orang yang telah berumur dan orang yang tidak mampu berjalan, boleh saja ia ke masjid dengan menggunakan kenderaan. 

Kalau naik kenderaan, parking jauh sikit takpe... banyak pahalanya.

Ini kerana dengan berjalan kaki ia boleh bertegur sapa mengucapkan salam dan juga boleh bermushafahah (Bersalam-salaman) sesama kaum muslimin. Sebagaimana sabda Nabi SAW riwayat dari Ibnu Umar,Rasulullah SAW menuju ke masjid  untuk melaksanakan solat hari raya dengan berjalan kaki, begitupun ketika pulang tempat solat hari raya. 

Selain itu dianjurkan juga pergi ke masjid lebih awal supaya mendapatkan saf atau barisan depan, sambil menunggu solat hari raya dilaksanakan ia boleh bertakbir secara bersama-sama di masjid dengan para jama’ah yang telah hadir. Imam Nawawi dalam Kitabnya Raudlatut Thalibin menerangkan anjuran tersebut, 

Bagi yang hendak melaksanakan solat hari raya disunahkan berangkat dengan berjalan kaki, sedangkan untuk orang yang telah lanjut usia atau tidak mampu berjalan maka boleh ia menggunakan kenderaan. Disunnahkan juga berangkat lebih awal untuk solat hari raya setelah selesai mengerjakan solat subuh, untuk mendapatkan saf atau barisan depan. 

6. Sunnah Makan Selepas Solat Hari Raya

Untuk Hari Raya Aidil Adha disunnahkan makan selepas selesai melaksanakan solat hari raya , berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri disunahkan makan sebelum melaksanakan solat hari raya . 

Pada masa Nabi SAW makanan tersebut berupa kurma yang jumlahnya ganjil, entah itu satu biji, tiga biji ataupun lima biji, kerana makanan pokok orang arab adalah kurma. 

Jika di Malaysia makanan pagi raya ketupat lemang dan rendang la kan, akan tetapi jika ada kurma maka hal itu lebih utama, jika tidak ada boleh saja makan makanan ruji yang menjadi adat kebiasaan masyarakat setempat. 

Diriwayatkan dari Sahabat Buraidah RA, bahwa Nabi SAW tidak keluar pada hari raya Aidil Fitri sehingga baginda makan, dan pada hari raya Aidil Adha sehingga baginda kembali kerumah. 

Diriwayatkan juga dari Sahabat Anas RA, Rasulullah SAW tidak keluar pada hari raya Aidil Fitri sampai beliau makan beberapa kurma yang jumlahnya ganjil. 

Itulah 6 amalan sunah di pagi hari raya... Moga kita dapat laksanakan sedikit sebanyak.... Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.... 

Selamat Hari Raya Aidil Adha 

Kredit dan diubahsuai : http://www.suratalwaqiah.com/

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ