بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Takut Suami Di Rampas! | Baca 6 Pesanan Penting Ini! | Kecoh satu Malaysia pasal artis buat hal masa isteri dalam pantang tu... Sejak tu perasan satu fenomena pelik di Facebook dan Instagram ramai para isteri pakat selfie dengan suami dan tayang pada public dengan caption "Ini suami orang" dan caption yang sama maksud dengannya...
Nampaknya ramai wanita mula goyang bila golongan wanita bujang menjadikan suami orang sebagai sasaran..
Apa pun... Sebenarnya ada input penting MF nak kongsi kan.. Dan input ni sebenarnya dah ramai orang lain, bahkan ustaz ustazah pun banyak ceritakan hal yang sama bila masuk bab rumahtangga dan hal hubungan suami isteri...
Tulisan menarik ini banyak input penting buat suami isteri dan bakal jadi suami isteri..
semalam tengok video Bella Astilah confess pasal kes suami dia kantoi kat bilik karaoke dengan si Afifah tu .
Wartawan tanya macam mana Bella yang masih dalam keadaan berpantang 20 hari boleh tahu suami dia ada dengan perempuan lain dekat pusat karaoke tersebut , lebih spesifik lagi di bilik nombor 333 VIP room .
Simple je Bella jawab .
"Naluri saya sebagai seorang isteri , saya memang rasa tak sedap hati waktu tu .
Saya suruh ayah saya jagakan baby dan saya pergi ke pusat karaoke tersebut dengan mama saya . Memang betul firasat saya mereka berdua ada disitu ."
Hmm . Dasyat . So , apa maknanya ya ?
Maknanya jangan main-main dengan naluri seorang isteri ni .
Dulu saya ada tanya client saya yg failkan cerai fasakh macam mana dia tahu suami dia main kayu tiga .
Jawapan yang sama .
Naluri seorang isteri .
Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami , dada akan rasa berdegup kencang .
Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami , selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu .
Kalau suami cuba menipu, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri . Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba .
Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah , seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami .
Ibaratnya , dua hati yang berbeza tapi saling bertaut . Hebatnya kuasa Allah .
Naluri ni juga ada antara anak dan ibu... Jadi, hebat wanita kerana hati nalurinya... Fitrah Allah jadikan..
2 . Lepas tu baca pulak komen netizen Malaysia ni yang duk risau sangat kalau suami mereka digoda dan dirembat oleh perempuan2 spesis Afifah ni .
Sebenarnya kan , jangan fikir langsung benda2 tak best macam ni . Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang .
Sebabnya , saya ada terbaca , Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut .
Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah .
Mohon la pada Allah melalui doa . Allah takkan sia-siakan doa hambanya .
Cubalah kita fikir , seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah .
Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit , takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan .
So , doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga . Nak takut apa lagi kalau Allah yg jaga ?
Lagipun Allah dah cakap " Aku akan bertindak mengikut sangkaan hambaku . "
Kalau asyik fikir Allah akan buat suami kita curang , mungkin agaknya itulah yg kita akan dapat nanti .
Jadi , fikir dan sangka yg baik2 saja . All is well.
Jadi, tak perlu tayang laki... Lagi ditayang, lagilah luas peluang untuk dikebas.
3. Dalam video tu jugak Bella ada cakap yg suami dia mohon maaf lepas kejadian tu . Dan Bella maafkan dan taknak berpisah dengan suaminya .
Hmm . Orang perempuan ni memang macam ni la kan . Baik sangat .
Cakap pasal baik ni , Ustaz Azhar Idrus ada cakap . Lelaki ni secara jujurnya lebih suka isteri yang baik berbanding isteri yg cantik .
Sebab , kebahagiaan rumahtangga tu bukannya bila hari2 dapat tengok isteri cantik .
Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah , mawaddah dan rahmah di antara suami isteri .
Lagi ustaz cakap , cuba pergi Mahkamah Syariah . Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik .
Maknanya apa ?
Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga . Bukanlah kecantikan tidak penting lansung .
Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia . Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga .
Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan . Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya , hormat dirinya dan lembut tutur katanya .
Oleh itu jadilah isteri yang baik . Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari .
4. Macam mana pula kalau kita dah doa dan dah jadi isteri terbaik untuk pasangan , tapi in the end suami tetap curang ?
Redha .
Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurna .
Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya .
Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita .
Ustaz Ebit Lew selalu cakap , kalau Allah datangkan ujian , sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita .
Jangan pulak tanya , apa kebaikannya ? Tak nampak pun ?
Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja . Kita lupa ada alam akhirat sana .
Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti .
Mungkin dengan asbab kesabaran kita , Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga . Siapa tahu ?
5. Lelaki yang curang bukanlah lelaki yang baik .
Dah tu , kenapa nak simpan lagi barang tak elok ? Buat sakit dada . Semak . Kita let go sajalah . Move on lah .
Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia . Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .
6. Kalau tak nak rasa sakit sangat , selalu lah set mind yang suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita . Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yang sementara .
Untuk berapa lama ?
Hanya Allah yang tahu .
Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi , Allah akan ambik balik pasangan kita . Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan .
Sakit tu memang lah sakit , tapi Allah dah aturkan semuanya . Siapa kita untuk menolak ? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.
Betul... Set minda yang pasangan hidup kita hanya pinjaman semata-mata... Allah punya hak atas segalanya.
Untuk yang pernah dikecewakan , bersangka baiklah .
Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah .
Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung.
Sumber: Norazian Mohd Noor
Jadi, kita jaga hak Allah sebaiknya... Insya Allah Allah akan pelihara hak sementara kita di dunia ini.. Jangan fikir negatif... Utamakan cinta Ilahi pasti akan temui cinta sejati...
Bagus semua pesanan ne. yang pasti semua di dunia bukan kekal
BalasPadamTQ YR INFO
BalasPadamSo true...saya dah rasa semuanya dan saya tahu...mungkin ini yang terbaik dan ada sesuatu untuk saya yang saya tak tahu bila dan macam mana caranya =)
BalasPadam