div id='header-inner'>

Salahkah Anakku Sama Jantina Semuanya?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anak Sama Jantina | Tertiba terlintas pasal ni.. Sebab mentaliti masyarakat kita yang sangat pentingkan jantina anak ni..

Dapat anak sama jantina pun mengata.. Itu biasa mulut orang...

MF lagi dahsyat kisah pasal anak sama jantina nih...

Lepas bersalin kan anak ketiga... Yang juga anak perempuan, boleh nurse cakap " eh, kalau tak nak anak ni bagi Kat nurse aje..."

Perghh... Rasa nak marah aje.  Bila masa kata tak nak kan... Happy je walaupun ada 3 anak sama jantina...

Kalau buat tshirt mesti nak sedondon semuanya... 😊

Meriah rumah dengan celoteh anak-anak perempuan... Semuanya nak bercerita bila balik kerja... Kan meriah tu...

MF tak nampak satu kekurangan pun  orang yang ada anak sama jantina ni.. Banyak kelebihan yang tersendiri...

Kalau ada anak semua lelaki... Untung, tudung alat make up tak payah nak kongsi nanti...

Kalau ada anak perempuan semua... Insha Allah semua bakal jadi kawan mak bila besar nanti...

Anak sepasang ke, sama jantina ke... Yang penting didikan tu... Walaupun pengalaman anak lelaki dan perempuan berbeza... Tapi membesarkan anak yang sama jantina pun  tak semestinya sama kan...

MF ingat, walaupun kesemua anak MF perempuan.. Tapi semuanya ada karektor dan perangai masing-masing... Ragam masing-masing... Semua tu mencipta pengalaman yang cukup indah...

MF tak kisah jika dikurniakan lagi anak perempuan pun.. Cuma ada teringin kan anak lelaki sebagai penguat... Bila besar nanti fikirkan siapa yang dapat gantikan suami jadi imam kan... Siapa yang boleh uruskan jenazah kami jika tiada anak lelaki... Tapi suami... Fikir positif... Mungkin kita punya menantu lelaki yang beriman kan... Insha Allah...

Apa pun... Tak perlu pertikaikan jantina anak orang lain... Allah dah tentukan yang terbaik mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing...

Happy and enjoy dengan apa yang Allah berikan...

Bahagia itu kita yang cipta dan pilih.. Bukan ikut orang lain.. 

Catat Komen

0 Ulasan