GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penggunaan Kad Diskaun Berbayar HARAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penggunaan Kad Diskaun Berbayar HARAM! | Setiap dari kita mesti paling kurang ada satu kad diskaun... Kad diskaun ahli mesti ada punya, kad JUSCO, kad ahli... apa sahaja pasaraya yang menawarkan kad ahli mesti kita rebut... 

Tapi baru-baru ni, rakan GPI kongsikan isu kad diskaun yang diperjelaskan oleh Dr. Rozaimi Ramlee.. 

Ramai bertanya saya tentang hukum kad diskaun iaitu membeli dari pasaraya/premis tertentu menggunakan kad keahlian dan akan mendapat diskaun dari kad tersebut.
Hukumnya boleh diperincikan seperti berikut: 
1. Jika kad tersebut mempunyai yuran berkala seperti setahun sekali perlu dibayar atau 6 bulan sekali maka hukumnya haram. Ini kerana ia mempunyai al-Gharar (ketidak jelasan) dalam jual beli berapa banyak diskaun yang akan diperolehi dalam masa setahun atau 6 bulan selepas dia membayar yuran keahlian. 
2. Jika kad tersebut percuma atau hanya dibayar sekali sahaja (iaitu dibayar ketika mendaftar) yang dikira sebagai harga kad tersebut maka hukumnya harus. Diskaun yang diberikan oleh premis tersebut dikira sebagai hadiah kepada pelanggannya.
Wallahua'lam. Moga bermanfaat.
Penggunaan Kad Diskaun Berbayar HARAM

Hukum Kad Diskaun

Berikut ialah penjelasan dari Dr. Zaharuddin:

Sidang Kesatuan Fiqh Sedunia juga menetapkan bahawa dalam pertandingan dalam Promosi Perniagaan pula antaranya :-


1.  Jenis Kad yang menawarkan keistimewaan diskaun harga di tempat-tempat dan perkhidmatan tertentu.

Hukum : Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam.

2.     Jenis Kad yg diberi percuma oleh syarikat untuk tujuan promosi barangan mereka tanpa dikenakan bayaran

Hukum : Hadiah yang disediakan adalah HARUS. 


3. Pemberian mata apabila menggunakan sesuatu perkhidmatan seperti Kapal Terbang dan lain-lain, lalu di beri mata tertentu.

Hukum : Mata ini kiranya terkumpul dalam jumlah tertentu akan melayakkan individu tersebut mendapat hadiah tertentu. Ia adalah HARUS.

Artikel penuh: http://www.zaharuddin.net/kewangan/267-kad-diskaun-sms-pertandingan-a-judi.html

Berikut video mengenai kad diskaun berbayar...penjelasan yang lebih jelas sebab ada dalil lagi... Sila tonton:


Belek dompet, MF ada 4 kad diskaun... MF tak ingat bayar ke tak.. sebab lama dah tak guna... Jika nanti ke kedai diaorang minta renew kad, MF tak nak la renew... sebab dah tau hukum.



Setakat ni kad yang setia diguna ialah kad Bonus Link, kad itu percuma je... Kad mesra Petronas pun percuma sahaja... Jadi, yang tiada bayaran kita boleh guna..Yang berbayar elakkan guna... Biar tak murah asalkan tak terjerumus kepada yang haram.

3Ulasan

  1. Alamak, mama Ada byk kad sebegini. Mama mmg suka daftar2 dapat point pastu boleh redeem/get diskaun. Tq Maria for sharing

    BalasPadam
  2. Terima kasih info nie...saya mmg suka kumpul kad diskaun...lepas nie mmg takkan renew dah. Harap dosa-dosa kita diampunkan Allah Taala kerana tidak tahu atau jahil. wallaahuaklam.

    BalasPadam
  3. Selama ni saya tak tahu pun kad diskaun bayar setahun sekali ni haram. Kad smart saya tu kira dah xbole pakai da lepas ni.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ