GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Mak Jangan Panik Anak Demam, Buat 7 Perkara Ini Segera!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mak Jangan Panik Anak Demam, Buat 7 Perkara Ini Segera! | Dah jadi mak, satu rutin biasa merawat anak demam... Tak kisah anak menyusu ibu atau tidak... Demam adalah satu lumrah kita sebagai manusia... Takde manusia tak pernah demam kan...

Demam biasa bukan satu penyakit satu imunisasi badan tengah bekerja dan berfungsi melawan penyakit...

Bila anak demam mak jangan panik... Relax.. Dan buat 7 perkara ini dengan segera...

Ibu wajib buat ni bila anak DEMAM .


1. Pantau Suhu Badan Anak

Sejak ada anak, terus beli termometer... Mula beli yang murah, lepas tu beli yang jenis mahal sikit.. Mudah untuk pantau suhu anak... Suhu 37.5 ke atas dikira demam biasa . Jika paras 37.0 kira dah "lampu kuning" kena berjaga supaya suhu tak meningkat...


2) Pantau tahap aktif anak.

Anak yang aktif lebih melegakan. Bermakna anak rasa badan okay sahaja. Pastikan anak aktif walaupun demam.. Itu lagi mudah demam dia reda sebenarnya...

3) Kerap menyusu dan bagi air masak.

Ini untuk pastikan anak mendapat air yang cukup dan tidak dehidrasi..

4) Kerap basahkan dan lap seluruh badan anak,

terutama di celahan ketiak, kelangkang dan pelipat lengan dan kaki. Ini bantu anak untuk turunkan suhu badan

5)Pakaikan anak baju nipis .

 Baju tebal dan berlengan panjang menyimpan suhu panas  . Elakkan memakaikan anak baju bila demam...

6) Jika suhu badan anak melebihi 38°c boleh bersiap dan bawa ke klinik berhampiran.


7) Jika demam berlarutan hingga 3 hari, bawa anak ke hospital untuk ujian darah.

 Maklumlah sekarang banyak virus berbahaya. Cegah sebelum parah.

Bila boleh bagi ubat demam?
Bila teknik sponge tak berkesan... Boleh bagi ubat demam yang baru dengan dos yang betul...

Ubat bontot boleh bagi tapi pastikan ikut dos yang betul mengikut usia anak.

Kesimpulan :
Bila anak demam, MF akan buat step ini...
1. Segera ambil termometer untuk check suhu

2. Buka baju dan seluar. Biar pakai pampers je...

3. Segera ambil air dalam botol spray dan kain bersih...

4. Sentiasa basahkan celah-celah badan dan kepala... Kepala sentiasa basahkan untuk elakkan panas ke kepala yang boleh sebabkan sawan.

5. Pantau suhu setengah jam sekali...

6. Jika tak turun, beri ubat... Jika lebih 38.5 bagi ubat bontot...

7. Pantau suhu lagi dan dalam masa yang sama sentiasa basahkan badan dan kepala..., jika tiada perubahan selepas 2 jam diberi ubat siap sedia segera ke klinik atau hospital.

DEMAM perkara biasa, tapi tak boleh ambil remeh... Jika demam lebih 3 hari wajib ke hospital atau klinik untuk diuji darah...

Ketika demam, selagi anak aktif, tidak dehidrasi... Masih mampu makan, main dan lawas pencernaan dia... Tak perlu risau sangat...

Tapi, jika demam mendadak, anak terus tak aktif, menangis tiada suara dan tiada air mata, tak makan dan tak menyusu, muntah berterusan, jangan tunggu, jangan Google apatah lagi post soalan Kat group di Facebook.... Segera ke hospital bahagian kecemasan....

Tips jika ada batuk dan selesema...

Bagi bayi bawah setahun, tiada ubat batuk dan selesema kecuali atas nasihat pakar perubatan...

Jadi, ubatnya natural remedi...

Untuk redakan batuk dan selesema... Segeralah bakar bawang putih, lenyek kan dan letak sedikit minyak... Minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak masak pun boleh...
Sapu di dada, belakang, tapak kaki anak sambil selawat... Insha Allah... Ada kesannya...

Nak lebih berkesan buat wap bawang putih... Boleh baca infonya di sini...


Itu serba sedikit perkongsian ilmu dari pembacaan dan pengalaman sendiri..

Moga bermanfaat untuk ibu...

1Ulasan

  1. selalunya kalau aiyan demam mmg tips2 ni yg akak gunakan....

    paling penting mmg akak akan bg minum air lebih, cek suhu n bila dia ligat je main akak mmg lega tp bila dia melepek nngis je itu mmg trs bwk pi kenek

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ