بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
KERETA OH KERETA!
Tolong faham margin gaji kita dan kereta yang kita layak
Gaji X 12 = Gaji Tahunan = Harga Kereta Kita Layak Beli
Gaji RM3000 X 12 = RM36,000 . Boleh beli Saga BLM atau Viva.
Bayaran Kereta adalah bawah 15% dari gaji kita sahaja. Jika tidak kita akan jadi hamba abdi kereta.
Ramai org suruh beli kereta, tapi bagi saya belum ada keperluan nak beli.
Anak Muda,
Ini antara punca kita tidak boleh beli rumah pertama yang kecil dan sederhana.
#LelakiKacakBeliRumahDuluBaruKereta
Sumber Credit : Azizul Azli Ahmad
Kalau ikut kira-kira ni memang tak layak \nak beli MPV. tapi kami beli juga demi keselesaan anak-anak.Perjalanan yang jauh, Utara=Selatan... buatkan kami beli MPV dan jual kereta sedan Proton Perdana Secondhand lama yang ada... Kami beli sebab keperluan bukan nak bergaya pun... Kalau ikut nak bergaya, masa buat loan nak beli kereta lepas aje nak beli Velfire, tapi bukan itu tujuannya, jadi cukuplah kereta Malaysia sahaja... Alhamdulillah.. rasa penat sikit la.. bayar kereta dan rumah.. tapi tak pelah kan susah dulu... senang kemudian... Insha Allah..
Tapi bagi yang belum kahwin boleh ikut saranan ni terutama lelaki... beli rumah dulu... kalau nak beli motor cukup untuk ulang alik pergi kerja... Sebab aset rumah dan tanah sentiasa naik harga, tapi kenderaan ni mudah jatuh harganya...
MF dulu, Alhamdulillah...rezeki, sebelum kahwin suami MF dah beli rumah dan ada kereta sendiri walaupun hanya rumah teres biasa dan kereta viva sahaja... Alhamdulillah... syukur banyak dah kat situ... sekarang ni nak menambah aset lain bila kedudukan ekonomi agak stabil nanti...
adoiii kak, saya layak pakai kelisa je huhuhu
BalasPadamKalau utk kelesaan anak2 mmg seeloknya guna MPV. Alza pun ok dah
BalasPadamBagus info ini. Sesuai dirujuk kepada sesiapa yang ingin beli kereta. GV suka viva sebab jimat minyak. hihi.
BalasPadamGaji Pokok saya RM 3,537.00 tak termasuk elaun keraian, elaun seberang laut,dan Elaun Khidmat Awam. Saya pakai Kereta AUDI macam dalam cerita transporter tu. Saya tak pakai kereta MYVI Poyo A.k.a Kereta orang pompuan suka pakai. Saya nak tanya tuan Admin, kenapa pulak saya kena pakai Myvi, padahal saya mampu pakai AUDI.
BalasPadamTuan, ini hanya cadangan tuan... jika tuan mampu audi, dengan gaji sebanyak itu dipersilakan... Cadangan ini untuk galakkan anak muda bina aset yg lebih penting dari habiskan duit beli kereta...
Padam