div id='header-inner'>

12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar.
                                  
2. Mereka yang banyak bercakap, cenderung dia banyak berbohong.

3. Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4. Akan menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5. Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6. Mereka akan berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

7. Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8. Ucapan yang mengutuk sesorang atau satu golongan.

9. Ungkapan syair atau nyanyian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan sesorang.

10. Senda gurau dan memperolok-olokkan orang lain. Rasululullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria".

11. Membuka rahsia orang lain.

12. Bersumpah palsu.

 Semua itu merosakkan nilai-nilai amanah.

 Rasulullah SAW bersabda:

" Waspadalah terhadap pembohong dan orang orang yg zalim sama sama dalam neraka".
Seorang sahabat pernah  bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah penyebab terbesar orang masuk neraka?"

Baginda menjawab:
 "Kerana lidah dan kemaluannya". 
(HR At-Tarmizi)

Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita semua untuk menjaga lidah dari menuturkan sesuatu yang boleh mengundang murkaNya. Amiin. 

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

sumber: google images

Di bulan Syawal ini, lebih baik kurangkan bercakap dari mengumpat... 
Kerana takut pahala Ramadhan, tak mampu nak cover dosa Syawal...

Zaman sekarang, lidah dah "ada di jari"...
Jari, "lidah" kadang lebih bahaya dari lidah original... 
Kerana, "lidah jari" ini tak mengeluarkan suara jadi, kerana satu kenyataan orang boleh tafsirkan pelbagai macam maksudnya... 

Nak jaga lidah, jagalah hati... 

Setiap orang sama ada sedar atau tidak mungkin ada masanya tidak bercakap benar. Jadi bagaimanakah untuk kita meluruskan lidah untuk sentiasa bercakap benar? Rasulullah s.aw. menjelaskan perkara ini di dalam sebuah hadith yang bermaksud, Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a., daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda, “Apabila anak Adam memasuki waktu pagi, maka sesungguhnya setiap anggota tubuhnya tunduk kepada lidah, seraya berkata, “Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Jika kamu lurus maka kami pun lurus. Jika kamu bengkok maka kami pun bengkok.” (Hadith Riwayat At-Tirmizi)


Seorang lelaki bertanya pada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam “Musllim yang bagaimana yang paling baik?” “Ketika orang lain tidak (terancam) disakiti oleh tangan dan lisannya” Jawab Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Terkadang kita memang secara tidak sadar jika lisan kita sering menyakiti perasaan orang lain. Rasulullah shallallahu aliahi wasallam bersabda “Tiada lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya“. (HR. Ahmad).

Catat Komen

4 Ulasan

  1. nauzubillah semoga kite dijauhkan

    kadang2 tak sedar

    BalasPadam
  2. Semoga dijauhkan Kita Dari bencana lidah ni

    BalasPadam
  3. haaaih la.. nak kena latih mulut ni jangan banyak cakap sangat.. T.T

    BalasPadam
  4. semoga kita semua dilindungi dari lidah yg mendustakan...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)