Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Tinggal Rumah Ketika Pulang Beraya, Elak Pencuri dan Jin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Tinggal Rumah Ketika Pulang Beraya, Elak Pencuri dan Jin | Jenayah tak kira masa dan ketika... Tambahan sekarang ni ramai ambil peluang terutamanya waktu raya ni, memang ramai la rumah kosong yang ditinggalkan... 

Kadang walaupun pasang CCTV belum tentu selamat sepenuhnya... Jadi, jangan lupa kepada memohon perlindungan dari Yang Maha Pelindung... 

MF kongsikan amalan untuk mereka yang nak tinggalkan rumah untuk balik raya supaya selamat dan terpelihara dari anasir jenayah dan jin... InshaAllah... 

Tips Tinggal Rumah Ketika Pulang Beraya, Elak Pencuri dan Jin
Sumber: Google Images

Tips Tinggal Rumah Ketika Pulang Beraya, Elak Pencuri dan Jin

Assalamualaikum semua.. 

Cuti perayaan sudah bermula. Nanti nak kena tinggal rumah lama.. Ni ada sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dgn ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh jin.. Insya Allah.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud : "Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5) Lafazkan "Bismillahitawakkaltu'Alallah" ; "La haulawala khuwwata illabillah 'ill 'Aliyil 'Aziim"

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Berhati-hati di jalan raya.

Doa_Usaha_Ikhtiar_tawakal_Redha


Perkongsian dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.

Catat Komen

0 Ulasan