GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Minum Air Sejuk Ketika Berbuka Boleh Rosakkan Buah Pinggang??? Betul ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ingat bulan puasa ni kurang la syaitan viral rupanya makin banyak... Bukan sekadar bab hukum... Ustaz ustazah jadian, doktor dan pakar pemakanan jadian pun banyak dah... 

Bulan puasa ni air sejuk menjadi pilihan ramai.. walaupun hairan kosong je.. tapi kalau sejuk menyelerakan ketika berbuka.. apatah lagi kalau air jus atau air yang berperisa... 

Atas sebab tu muncul la viral tak tahu punca kata air sejuk dan gas boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang... 



Jadi, Root of Sciences, iaitu penulis dari kalangan doktor tampil menjelaskan isu tural ini.. 


Telah menular satu mesej di dalam whatsapps mahupun FB mengenai larangan meminum air sejuk mahupun air gas(Carbonated drink)

Kami ada beberapa perkara yang hendak diterangkan berkenaan perkara tersebut

1) Ketika berpuasa badan akan sedikit kekeringan(dehydration). Bermaksud ia kekurangan air. Kekeringan itu juga bergantung kepada jenis kerja yang kita buat. Jika kerja yang melibatkan yang berat dan dibawah sinaran cahaya matahari, ia akan menyebabkan kekeringan yang lebih.

Manakala, istilah buah pinggang kekeringan seperti dalam artikel yang viral tersebut adalah salah. Tiada doktor yang akan cakap "your kidney is dehydrated" iaitu buah pinggang awak kekeringan. Tetapi doktor akan cakap awak sedang kekeringan.

2) Pengambilan air sejuk menghentikan fungsi buah pinggang?

Pengambilan air sejuk tidak menghentikan fungsi buah pinggang, malah ia mampu menurunkan suhu badan ketika kepanasan. Ini kerana saluran permakanan tidak sama dengan saluran buah pinggang.

Penerangan:
Makanan dan minuman akan masuk ke dalam esophagus, kemudian perut dan usus. Seterusnya akan diserap masuk melalui usus dan masuk ke dalam saluran darah dahulu Daripada saluran darah inilah baru akan disalurkan ke bahagian buah pinggang.

Fakta yang perlu diketahui adalah apabila air masuk ke dalam perut, suhu air itu akan dikawal supaya sama dengan suhu badan. Oleh itu, sebelum sampai ke buah pinggang, air sudah tidak menjadi sejuk

Oleh itu, jangan takut minum air sejuk, buah pinggang anda takkan beku ataupun rosak

3) Pengambilan air sejuk dan air gas akan merosakkan buah pinggang?

Pengambilan air sejuk dan air gas dibulan Ramadhan tidak akan merosakkan buah pinggang anda pada Ramadhan ini. Tetapi jika anda ambil air gas itu selalu, mungkin anda akan mengalami kerosakkan buah pinggang pada bulan-bulan Ramadhan yang akan datang.

Penerangan:
Ini kerana, air bergas mempunyai kandungan gula yang terlampau tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan air bergas meningkatkan risiko kencing manis. Dan seperti yang kita tahu kencing manis boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.

Kesimpulan:

Ambil air sejuk waktu puasa tidak merosakkan buah pinggang.

Ambil air bergas pula tidak merosakkan buah pinggang anda ketika itu. Tetapi anda akan berisiko menghidapi kencing manis yang berakhir dengan kerosakkan buah pinggang.

Nasihat saya, bulan ramadhan adalah bulan ibadat. Bukan bulan buat maksiat dengan memviralkan berita palsu.

Sumber: Root of Science

Bulan puasa akhir zaman ni nampaknya syaitan dan iblis boleh senang lenang walaupun kena ikat... Sebab dah ramai manusia dia hasut supaya jadi syaitan macam dia... 

Apa pun.. air sejuk dan air gas tak bagus untuk badan sebab kandungan gula yang terlalu tinggi. Lagipun air sejuk menyebabkan badan lemah dan cepat haus. Jadi, setakat nak minum seteguk buat basah tekak tu ok.. kemudian minum air kosong banyak-banyak. Jangan amalkan selalu... Apa-apa minuman atau makanan jika ambil pada kadarnya tidak memudharatkan... Jangan berlebih-lebihan... Yang lebih tu memang bahaya.. sama juga la lebih percaya kepada viral pun bahaya juga.

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ