8 Keistimewaan al-Quran

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Keistimewaan al-Quran | Alhamdulillah... Hari ni hari bersejarah dalam Islam... Iaitu hari al-Quran diturunkan kepada kita umat Islam melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan panduan kepada umat manusia seluruh alam hingga hari kiamat. 

Kenapa Al-Quran diturunkan??? 

Tak lain tak bukan tujuannya sebagai petunjuk kepada kita... Hidup kita perlu ada panduan kalau tidak kita akan sesat ikut nafsu dan akal semata-mata. 

Input terpenting yang perlu kita faham... Ayat pertama diturunkan iaitu اقرا iaitu Bacalah!!! Secara ringkasnya... Jika kita nak pandai, nak kuasai dunia akhirat kena banyak membaca... 

Sumber: Google image

Apa Keistimewaan al-Quran:


1. Isi kandungan Al-Quran sesuai kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan bahasa. Tak kira bangsa apa, bahasa apa, warna kulit apa, negara apa... Isi kandungannya tetap sesuai untuk semua peringkat umur, bangsa dan negara. 

2. Al-Quran kekal dalam keadaan asli tanpa sebarang perubahan dan pindaan kerana la dipelihara oleh Allah S.WT. sendiri. Tiada dapat ubah isi kandungan Al-Quran. Walaupun ada beberapa cubaan mengubahnya tapi tetap tak menjadi dan tetap tidak berjaya meniru al-Quran. 

3. Tidak ada sebarang makhluk yang dapat menandingi keindahan gaya bahasa dan uslubnya. Lihat sahaja surah Al-Ikhlas... Rentak Rima akhir setiap ayatnya sama sahaja... Sama juga dengan surah Al-falaq dan an-Nas dan beberapa surah yang lain.

4. Al-Quran dapat membimbing manusia untuk 
mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 
Nak berjaya hidup di dunia atau di akhirat, al-Quran adalah panduan yang lengkap dan terbaik. 

5. Setiap patah perkataan dan kalimah yang dibaca daripada Al-Quran akan diberi sepuluh ganjaran. Setiap huruf dibaca, diberikan ganjaran pahala...


6. Kandungannya mengatasi ruang dan waktu dan sesuai dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. 

7. Bahasanya amat tinggi sehingga dikagumi oleh pakar-pakar bahasa dan penyair-penyair Arab. Ramai penyair Arab dahulu kala...cuba untuk menandingi gaya bahasa al-Quran tapi tidak berjaya. 

8. Keluasan dan ketinggian ilmu Al-Quran yang merangkumi semua bidang dan disiplin ilmu. Ilmu dalam Al-Quran lengkap..untuk membimbing hidup manusia... Dari bidang politik, sosial, ekonomi hinggakan ke sudut berkahwin, beranak semuanya ada dalam Al-Quran. 


Al-Quran ialah kalam Allah... Yang kita lihat sekarang ialah kitab Al-Quran... Hari kiamat nanti.. al-Quran akan diangkat kembali oleh Allah... 

Jadi, hargai, sayangilah dan bacalah Al-Quran selagi ianya ada .. sematkan dalam diri dan amalkan dalam kehidupan... Moga hidup kita selamat dunia akhirat... 

Salam Nuzul Al-Quran buat semua... 

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !