3 Tips Deko Ruang Tamu Sempit Supaya Nampak Luas di Hari Raya!

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Tips Deko Ruang Tamu Sempit Supaya Nampak Luas di Hari Raya!  | Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua raya. Macam mana dengan deko raya? Ada yang dah siap buat rumah dah? Selain pakaian serba baru, mesti nak siapkan rumah juga kan... Tak la nanti malu tetamu tengok. 

Rumah MF, MF suka deko yang simple tapi menarik dan moden. Ruang tamu yang kecil mesti meminimumkan perabot yang ada... 

Jadi, MF nak kongsikan 3 tips untuk deko ruang tamu yang kecil


1. Pilih Warna Cerah
Untuk nampakkan ruang tamu yang luas walaupun hakikatnya sempit, pilih warna cat yang cerah dan terang... seperti warna putih, ungu lembut, biru lembut atau hijau lime. 


Macam ruang tamu MF ni, kami suami isteri pilih warna purple dengan dua tone sebab nak nampakkan ceria... dan tak berapa la terang sebabnya anak-anak yang kuat menconteng lagi... Jadi, warna ni kira sesuai la juga untuk rumah yang ada anak kecil tapi nak deko bagi nampak luas. 


2. Minimumkan perabot
Rumah kami kecil sahaja, sebab rumah teres satu tingkat. Suku dari ruang tamu, kami jadikan ruang pejabat di rumah untuk tempat kerja suami. Jadi, dengan ruang terhad, kami dekokan ruang tamu dengan perabot yang minima... Hanya letak sofa kulit bentuk L dan juga kabinet TV dan buku yang digabung sekali. 


3. Pengcahayaan
Pengcahayaan memainkan peranan untuk nampakkan ruang tamu yang sempit jadi luas. Untuk rumah MF memang cahaya ruang tamu hanya dari pintu slide sahaja... jadi, pengcahayaan lampu perlu jelas dan terang untuk nampakkan ruang luas dan besar. Jadi, kami gunakan lampu LED Philips yang tak panas dan jimat eletrik untuk nampakkan ruang tamu kami jadi luas. 


Tips Tambahan:
Untuk nampakkan dinding menarik dan tampil luas, boleh juga letakkan cermin dengan saiz yang minima untuk memberi pantulan yang luas pada ruang yang sempit. Selain itu, pilih langsir dengan rona terang dengan corak yang minima. Boleh juga letakkan kertas dinding dengan corak yang minima atau corak abstrak pada dinding untuk nampak elegan dan moden tapi simple dan menarik. 


Dalam mencari idea dan bahan untuk deko rumah, rupanya Lazada Malaysia tengah buat sale hebat hingga diskaun 80% untuk barang-barang keperluan rumah sempena Ramadhan dan Raya. 

Dalam meng’usha’ Lazada, MF rasa nak tambah satu aksesori ringkas pada ruang tamu MF supaya nampak menarik, simple tapi sangat selesa untuk menerima kedatangan tetamu di hari raya nanti. Antara kelengkapan pilihan MF untuk ruang tamu MF ialah Morgan Air Cooler ( MAC-COOL1A )


Maklumlah ruang tamu yang sempit tak cukup kalau guna kipas siling sahaja, jadi perlu tambah dengan Air Cooler supaya lebih nyama dan bersih... Nak pasang pendingin hawa, perlukan modal yang besar kan... Jadi dengan portable air cooler ini, cukup untuk melengkapkan dekorasi raya di ruang tamu rumah MF. 





Sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini Lazada Malaysia telah buat promosi untuk bulan menyambut Ramadhan iaitu Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang akan bermula dari 19 Mei 2017 sehingga 30 June 2017. Kalau korang masuk jer website Lazada Malaysia korang akan nampak banyak diskaun yang menarik sehingga 90%. Memang rambang mata dibuatnya... contohnya seperti Morgan Air Cooler ni... hingga 42% diskaun.. 


Khas buat blogger Malaysia. Jom sertai Ramadhan Raya Blogger Contest dan menangi pelbagai hadiah sehingga RM10,000. Contest ini dari 19 Mei - 23 June 2017. Jom cepat-cepat join. Mana tahu rezeki semepena Raya tahun ini. Untuk join contest sila layari website www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good luck blogger!!!

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !