بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
[Kerana Pencungkil Gigi, Perbicaraan Di Mahkamah Allah Selama 40 Tahun]
Kisah ini diceritakan oleh guru tafsir Al Quran kami iaitu Ust Dr Azhar Yaakob pada sesi kuliah zohor beberapa tahun lalu.
Cerita dia begini, ada 2 orang sahabat iaitu Pemuda A dan Pemuda B. Mereka berdua menuju ke puncak bukit untuk mengambil kayu balak milik Pemuda A.
Setelah sampai dipuncak dan mengikat kemas kayu balak milik Pemuda A tadi, mereka pun pulang menuruni bukit.
Ketika sedang dalam perjalanan pulang, Pemuda B telah merasakan ada sisa makanan yang terselit pada giginya.
Lalu dia pun mengumpil kecil sahaja kayu balak milik Pemuda A tadi untuk digunakan mencungkil sisa makanan yang terselit pada giginya "tanpa keizinan Pemuda A tuan punya kayu balak".
Pemuda B merasakan tidak menjadi masalah pada tindakan dia mengumpil kecil kayu balak tanpa izin Pemuda A tadi.
Akhirnya, pada perbicaraan di mahkamah Allah, Pemuda B mengalami kesukaran dan diazab oleh Allah selama 40 tahun hanya kerana umpilan kayu balak kecil yang digunakan sebagai pencungkil gigi yang diambilnya tanpa izin.
Jika umpilan sekecil pencungkil gigi itu pun Allah azab dengan sedemikian rupa, bagaimana pula jika:
1) Seseorang yang kerja disebuah syarikat yang dibayar gajinya oleh syarikat tersebut tetapi menggunakan waktu kerjanya untuk "business sendiri"? Ini mencuri masa syarikat.
2) Seseorang yang kerja disebuah syarikat yang dibayar gajinya oleh syarikat tersebut tetapi menggunakan harta benda syarikat untuk kegunaan sendiri? Ini mencuri harta syarikat.
3) Seseorang yang "claim" kepada syarikat dengan menipu resit resit atau perbelanjaan perjalanan yang tidak wujud? Ini menipu harta syarikat.
4) Seseorang yang kerja disebuah syarikat yang dibayar gajinya oleh syarikat tersebut tetapi menggunakan masa kerja hanya habis untuk berbual kosong dengan rakan sekerja dipejabat atau kedai kopi? Ini juga mencuri masa syarikat.
5) Seseorang yang tidak amanah dengan mengambil rasuah? Ini jelas kemungkaran yang dilakukan.
6) Seseorang yang berniaga dan menipu timbangan atau juga menipu ukuran ketika berjual beli? Ini juga jelas perkara mungkar sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda "sesiapa yang menipu (dalam perniagaan) bukan dari umatku"
7) Seseorang menipu majikan dengan memberi "MC" palsu. Ini menipu syarikat kita bekerja.
8) Seseorang yang "claim overtime" yang mana waktu overtime yg diambilnya hanya untuk tidur sahaja. Ini "mencuri tulang".
9) Mencuri wang syarikat sedikit demi sedikit setiap hari. Ini juga jelas perkara mungkar yang ditegah didalam islam.
10) Seseorang yang melakukan perniagaan online dengan menjanjikan barangan original, tetapi apa yang di post kepada pelanggan adalah barang tiruan. Ini jelas menipu dan sangat mungkar.
Dan banyak lagi contoh contoh yang kadang kala kita terlepas pandang atau sememangnya sengaja untuk melakukan kederhakaan tersebut.
Kesemuannya ini pasti akan menerima balasan azab yang setimpal daripada Allah kelak.
Maka ambillah pengajaran daripada cerita diatas untuk kita sama sama memperbaiki diri dan beramal soleh.
Allah SWT Maha Adil terhadap sekalian hamba hambaNya. Maka kerana itu daripada sekecil kecil perkara sehinggalah sebesar besar perkara tidak akan ada satu pun yang akan terlepas daripada neraca timbangan Allah. Wallahu 'alam.
-Muhasabah Diri-
Sumber: Tazkirah Ringkas @telegram.channel
Allah 😢
BalasPadam