بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
•JOM!!! SEDIAKAN MENU LAZAT & BARAKAH DISEPANJANG RAMADHAN•
1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Sholat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Sholat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walau pun dengan sebiji Kurma setiap hari.
5. Sholat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
6. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
7. Sunat dhuha setiap pagi minima 2 raka'at.
8. Sedekah setiap hari minima seringgit. ($1)
9. Pastikan sahur setiap hari.
10. Iftikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
11. Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya.
12. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
13. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
14. Pilih makanan sunnah sebagai menu utama setiap hari.
15. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
16. Jauhkan aktiviti yg sia-sia.
17. Zikir harian, banyakkan berdoa.
18. Lazimi bibir dengan beristighfar sekurang2nya 70x dalam sehari.
19. Ajar diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
20. Mudah memohon dan memberi maaf.
21. Menjaga dan menghubung silaturrahim
22. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)
23. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg Allah Murkai.
24. Tidak berlebih2an mahu pun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka puasa.
25. Perbanyakkan amalan2 sunnat. Sholat sunnat rawatib.
26. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
27. Lazimkan utk kawal diri dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
28. Basahi lidah utk sentiasa berZikir dan memperbanyak kan bersyukur pada Allah di kala senang atau pun susah.
29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
31. Ikhlaskan hati kerana Allah.. hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir kita.
In Sya Allah. ان شاالله
Kita cuba ikhlaskan diri kita utk laksanakan yg termampu oleh kita kerana Allah swt.
InsyaAllah.
Silakan Kongsi Ya!👍🌹
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ