GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Sebab Kenapa Tetiba Rasa Mengidam Nak Makan Masam-masam Walaupun Tak Mengandung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Asal Mengidam Masam Je Mengandung! | Bila buat status teringin nak makan buah masam-masam dan mangga ke, atau teringin yang masam-masam lah.. pasti orang kata mengandung... Tak pun ada isi... 

Bahkan kepercayaan dan fahaman tu melekat kuat dalam minda kita... Betul ke mengidam tu tanda mengandung dan memang orang mengandung je ke yang mengidam??? 

Baik.. baca fakta ni baik-baik supaya kita faham tentang mengidam ni... 

Ini Sebab Kenapa Tetiba Rasa Mengidam Nak Makan Masam-masam Walaupun Tak Mengandung!
Sumber: Google images

Sorry kalau gambar ni buat korang terliur... Hehe


Sebab Kenapa Tetiba Rasa Mengidam Nak Makan Masam-masam

Keperluan Nutrisi

Sebenarnya mengidam pada keinginan makan makanan tertentu lebih terkait dengan keperluan nutrisi. Mudahnya, jika tubuh sedang kekurangan vitamin C, maka dorongan untuk makan mangga akan semakin kuat. 

Atau boleh jadi buah-buahan lain yang mengandung vitamin C atau yang sebenarnya menjadi kegemaran seseorang... Jadi, kalau tetiba teringin nak makan itu ini maknanya badan kita perlukan nutrisi dari sumber itu... 

Dan bab masam dan buah asam ni.. kadang dah memang orang pencinta asam, jadi mengandung tak mengandung dia suka makan... Jadi, bila nampak tu memang la teringin kan... 

Pengaruh Hormon

Akibat pengaruh hormon, tubuh kadang rasa nak makan lebih dari biasanya. Sebab tu ibu mengandung ni teringin sebab ada pengaruh hormon... Tapi tak semestinya waktu Mengandung je hormon berubah-ubah.. boleh jadi waktu nak period atau pun ketika stress dan pelbagai faktor yang buatkan hormon berubah dan ini menyebabkan keinginan kepada makan Makanan tertentu itu muncul...  

Kepekaan Rasa

Macam hormon, kepekaan rasa kita berubah-ubah ikut pada mood dan emosi seseorang... Tu yang kadang rasa nak makan macam-macam tu datang.. jadi tak hairan, sebelum keluar rumah teringin nak makan shellout, sekali dah sampai ke kedai makan nak makan steambot... Jadi, jangan marah ye kaum Adam jika tetiba para isteri tukar selera last minit... Hehe

Kesimpulannya, mengidam tak semestinya Mengandung... Itu boleh terjadi kat sesiapa sahaja... Dan bab masam-masam ni bagi yang suka masam-masam memang akan kecur air liur dan buat dia rasa teringin Walaupun tak mengandung... 


P/s: pssstt... Tulis bab asam, dah kecur air liur dah ni... Sedapnya mangga colek buat makan petang kan... Slurrppp... Nyam.... Nyam... Nyam... 

3Ulasan

  1. huihhh! bahaya betul la...nak baca pun jd tak tenteram sbb gmbr tuu haaa :P

    BalasPadam
  2. kite ni kalau nampak asam2 gitu, jeruk tak pyh tunggu peknen pun dh telah liur kecur je rsa hehehhe...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ