بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
WANITA YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA TANPA UZUR
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ
“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)
Subhanallah...seramnya bila baca hadis ini...jadi wahai ibu-ibu semua...janganlah enggan susukan anak anda semata-mata ingin pasang badan atau malas...susu ibu itu hak anak-anak kita...
Dan hadis ni dinyatakan sahih oleh pakar hadis..
Jadi usahakan untuk susukan anak dengan susu badan.. jika tiada susu badan... Pilihan terbaik suami wajib cari ibu susuan, jika tak dapat susuilah anak dengan susu yang sesuai bagi bayi tersebut... Tapi yang terbaik susu badan... Berdosa mak sengaja tak nak bagi hak anaknya... Susu tu hak anak... Jangan tak bagi... Tak payah risau sebab alignment lari ke, nanti badan tak macam awak ke... Asalkan hak anak diutamakan...
Pesanan buat diri sendiri dan bakal ibu... Jangan jadikan alasan untuk tidak bagi susu badan.. banyak khasiatnya... Bahkan dalam Islam dituntut sangat... Kerana itu ini menyusu mendapat rukhsah istimewa di bulan Ramadhan... Boleh berbuka jika risaukan susu tak ada...
Kalau ada susu badan sebaiknya susukan lah. Byk khasiat dan kebaikan yg mereka akan dpt.
BalasPadamMacam mana pulak kalau ibu kandung memberi anak kepada keluarga angkat, adakah berdosa jika ibu kandung tidak menyusukan anak kandungnya sedangkan keluarga angkat akan memakan pil hormon untuk mengeluarkan susu badan dan menyusukan bayi tersebut ?
BalasPadam