div id='header-inner'>

HUKUM MINTA MAAF SEBELUM RAMADHAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila nak Ramadhan ni berlumba-lumba mohon maaf.. takut ibadah jadi sia-sia... Tapi bila ramai yang fowardkan satu hadis Nabi s.a.w tentang kewajipan minta maaf sebelum Ramadhan ianya bagaikan satu trend.. Bahkan main klik share je... Tappi belum tentu ikhlas ke tak minta maaf tu... 

Jadi, atas sebab itu... Bila nak beramal atas satu dalil nas Hadis, kena pastikan hadis tu sahih ke tidak.. kalau dhaif masih boleh diamalkan cuma takut-takut hadis palsu... Haihhh... Nabi s.a.w tak mengaku umat nanti... Tak ke rugi kita... 

Jadi, atas sebab itu, MF kongsikan pagi ni... HUKUM MINTA MAAF SEBELUM RAMADHAN. 

Antara mesej yang menjadi tular tentang minta maaf sebelum Ramadhan itu ialah: 

Ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah pada suatu Sholat Jumaat (dalam bulan Sya'ban), beliau mengatakan Aamiin sampai tiga kali dan para sahabat begitu mendengar Rasulullah mengatakan aamiin. Terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan aamiin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasulullah SAW berkata aamin sampai tiga kali. Ketika selesai sholat Jum'at para sahabat bertanya kepada Rasulullah, kemudian menjelaskan:-

*"ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasulullah SAW, aamiinkan doaku ini", jawab Rasulullah.*

Do'a Malaikat Jibril adalah: 

Yaa Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-

- Tidak memohon ma'af terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

- Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun amin sebanyak 3 kali..

(Hadis shahih diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Al Baihaqi dari sahabat Abu Hurairah ra)..

☺️ *TAK TERASA...!!!*

⭐️ 23 hari lagi, Nafas menjadi Tasbih...

⭐️ 23 hari lagi, Tidur menjadi Ibadah...

⭐️ 23 hari lagi, Doa di ijabah...

⭐️ 23 hari lagi, Pahala di lipat gandakan...

⭐️ *AKAN TETAPI......*

🙏 itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus & ikhlas dari hati saudara/i ku...

Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam, memohon maaf untuk:-

🙏 lisan yg tidak berkenan..
🙏 janji yg terabaikan..
🙏 hati yg berprasangka buruk..
🙏� sikap yg menyakitkan..

 *Mohon maaf atas semua kekhilafan itu*..

⭐️ Sehingga kita di beri umur panjang nan barokah..

⭐️ Sehingga kita bisa di pertemukan pd bulan Suci Ramadhan...

🙏 *Allahumma baariklanaa fii Rojaba wa Sya'bana wa ballighnaa Romadhoona waghfirlanaa dzunuubanaa.*

Aamiin Yaa Robbal Alamiin..

Maafkan semua dosa2 n kesalahan sya.. yg sengaja mahupun yg tidak d sedari..

SAYA MOHON KEMAAFAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI.. SELAMA KITA BERSAHABAT DN BERGURAU DIDALAM WSAP..





Jadi DR ROZAIMI RAMLE MENJAWAB :

Waalaikumussalam,

Saya tidak menjumpai lafaz sebegini. Hadis yang saya jumpa ialah:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ” .

Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki minbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”,  kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.

[Al-Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. Sheikh al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al


Nabi sallallah alaih wasallam mengatakan:

1. Malang bagi orang yang ada ibu bapa tetapi tidak berbakti kepadanya.

2. Malang bagi orang yang dengar nama nabi disebut tetapi tidak berselawat ke atasnya. 

3. Malang bagi orang yang dapat bertemu ramadhan tetapi tidak dapat pengampunan setelah ramadhan berlalu. 

Doa ini diaminkan oleh Jibril. Wallahua'lam 

Sumber: Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Jadi, takde pula sebut pasal Ramadhan kan.. pepandai betul orang yang ubah ni kan.. 

Minta maaf bukan bermusim... sebaiknya minta maaf setiap hari dan setiap kali kita sedar kesilapan kita... itu yang terbaik... bukan tunggu Ramadhan, Syawal baru nak minta maaf... sedangkan dosa kita dengan orang lain terutama dosa lidah dan hati tu hari-hari kita buat... Mf tak kata kat orang lain.. tapi peringatan untuk diri sendiri juga.. sama-sama kita muhasabah diri.. Insha Allah... Mohon maaf jika ada yang terasa dengan entry-entry MF selama ini... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Aamiin.. Aamiin..
    Perkongsian yang bagus.. sepatutnya bermaafan ini dijadikan amalan bukan bermusim pada waktu tertentu sahaja..

    BalasPadam
  2. samalah kita maria,mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang kenal akak ni ye..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)