GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

D.I.Y TUKAR (REPLACE) BULB HEAD LAMP PROTON EXORA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lepas tepek tinted pada lampu depan kereta bagi melindungi cover lampu dari calar atau menjadi kuning, kita mesti merungut "Kenapa malap pulak lampu ni..." Memanglah itu akan terjadi sebab bulb bagi lampu depan yang standard hanya 60/55Watt sahaja. Jadi solutionnya kita kenalah tukar mentol yang terang sedikit supaya bila bergerak pada waktu malam atau dalam kabus, tak le kita jadi macam orang rabun... Nak tukar bulb lampu depan kereta mesti fikir nak pergi kedai aksesori. Hari ini saya nak berkongsi DIY untuk tukar bulb bagi MPV Proton Exora. Tak susah pun kaau dah tahu, berapa minit je... Tak perlu nak tanggal bumper semua...

Peralatan yang diperlukan:
  • Screw Driver Mata Leper/rata
  • Bulb Model H4 100/90Watt (Boleh beli Online kat LAZADA atau g je kedai spare part kereta)
  • Tenaga sedikit


Cara-caranya:

Pertama, kenalah buka bonet kereta dahulu... Untuk tanggalkan bulb sebelah kanan nak bagi mudah tangan nak masuk, kita buka screw pengikat tangki air bagi dia realese. Yang belah kiri pula kita tanggalkan ada 1 soket conector lain yang ada kat belakang tu bagi dia realese juga.



Kedua, cari le belakang head lamp dan cabut soket conector seperti dalam gambar...




Ketiga, nak tanggalkan getah cover bulb tu kenalah selak sikit getah dan tanggalkan clip besi seperti dalam gambar... Clip tu tak boleh tanggalkan habis, kita cungkil sedikit je supaya dia tertanggal. Sebab tugas dia cuma lock bulb dan getah cover tu je...



Keempat, kita cabutlah bulb yang melekat bersama getah cover tu... (pastikan kita tak pegang bulb tu dengan jari sebab bulb ni sensitif pada haba tangan dan boleh rosak)




Kelima, kita cabutlah getah cover yang melekat pada bulb. Pastikan kita pegang bulb tu lapik dengan kain supaya tak terkena pada jari (kecuali bulb yang dah memang rosak tak pe kalau nak pegang mcm tu je tanpa lapik) Cara nak tanggalkan kita kena cungkil keliling sedikit getah cover yang melekat pada bontot bulb tu (boleh tengok gambar di atas). Biasalah bila getah kena dengan benda panas mesti melekat punya. 





Keenam, ambilah bulb yang kita beli untuk menggantikan bulb yang asal...



Ketujuh, pasang semula bulb tu pada getah cover tu. Nak pastikan bahagian yang betul lihat bahagian atas bulb dan getah tersebut. Boleh tengok pada gambar di atas.



Kelapan, pasang semula bulb ke head lamp cover. Nak senang pastikan bulb masuk lurah kaki kita boleh tengok dari depan, tangan pulak bekerja dibelakang. Sama juga nak pasang clip lock bulb pun kita boleh tengok depan pada bahagian atas iaitu rumah clip. Boleh tengok pada gambar di atas. Tentukan getah cover bulb msk pada head lamp cover dengan sempurna supaya nanti air hujan ke apa-apa tak masuk dalamnya...




 Setelah selesai, apa lagi kasi testing 1 2 3 lah... Tadaaaa... Siap sudah proses tukar bulb dan hasilnya teranglah lampu depan kereta kita sekarang... 

Lepas ni tak payah risau dah kalau jalan gelap tak berlampu... atau dalam kabus terutamanya jalan-jalan kat Johor ni... seraam... kiri kanan hutan... 


Sekian perkongsian dari En. Firdz

7Ulasan

  1. Menarik.. Dah boleh jadi matt Guyber..

    BalasPadam
  2. Laa mudah je nak tukar bulb kereta. Patut kejap je kalau kedai buat, tunggu turn je yang lama. Boleh buat sendiri lepas ni.

    BalasPadam
  3. halogen bulb dah boleh tukar follow steps kat atas. sekali bulb yg kecik kat bawah plak blow. meraba raba cari cemana nak tukar.... tak dapat2 lagi... ade info tak?

    BalasPadam
  4. Lock clip lampu ada dua cangkuk. Terkial2 jugak nak bukak tu clip. Nak pasang alek lampu getah plak buat menyemak nak clip lock lampu. Gambar lock clip di atas harap diperbaiki utk org senang namak

    BalasPadam
  5. It was wondering if I could use this write-up on my other website, I will link it back to your website though.Great Thanks. A19 Bulb Vs E26 Bulb: What’s the Difference? (And Reviews)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ