GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ajar Diri Bersangka Baik Dengan Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Ajar Diri Bersangka Baik Dengan Allah | Bukan mudah sebenarnya nak memujuk hati bersangka baik dengan Allah... Bila Allah uji kita dengan sesuatu yang kita tak sangka... Memberi sesuatu dalam keadaan kita tak bersedia... Tapi kita kena fikir dan fikir bahawa ada hikmah di sebalik apa yang Allah bagi... 

Moga kisah ini dapat buka hati kita supaya belajar bersangka baik dengan Allah....

Syeikh Malik adalah seorang ulama dan juga seorang da’i. Ia telah banyak meng-Islam-kan orang-orang. Ia selalu saja berusaha untuk mengenalkan agama Allah kepada orang-orang… Tapi pada suatu hari ia terkena penyakit kulit yang makin lama makin membesar dan mengganggu.

Maka ia pun berubat kepada doktor. Tapi sudah banyak doktor yang ia datangi tapi tak membuahkan hasil sama sekali. Penyakit kulitnya tak kunjung sembuh. Tapi kerana Syekh Malik adalah orang yang faham agama maka beliau selalu saja berprasangka baik kepada Allah…

“Pasti ada kebaikan dalam penyakit ini,” katanya.

Hingga suatu hari seorang muridnya membawa berita bahwa ada seorang pertapa yang mempunyai kelebihan dalam mengubati berbagai macam penyakit… Tapi hal ini mendapat tentangan dari orang-orang. Mereka berpendapat, “Mana mungkin seorang Ulama besar berubat kepada seorang pertapa yang merupakan adalah seorang Ateis(tidak percaya kewujudan Tuhan).”

Tapi Syeikh Malik berpendapat lain, “Saya akan kesana dengan tujuan cuba mengajaknya untuk memeluk Islam, kerana dia adalah seorang yang tersesat,” katanya. “Kelebihan apa yang dimiliki oleh pertapa itu sehingga Allah memberinya kemampuan untuk mengobati orang-orang?” fikir Syeikh Malik. 

Maka Syeikh Malik pun mendatangi Pertapa itu… Tapi sang pertapa tidak mengetahui tentang Syeikh Malik. Rupanya tempat tinggal pertapa ini jauh di dalam hutan, di tengah kesunyian hutan. Keadaan pertapa itu sangat sederhana. 

Maka mulailah Syekh Malik membicarakan tentang penyakitnya dan pertapa itu meneliti penjelasan Syeikh Malik dengan sangat saksama. Pertapa itu kemudian memberikan beberapa ramuan-ramuan yang terdiri dari daun-daunan pepohonan, kerana telah menjelaskan tentang penyakitnya dan mendapatkan pengubatannya maka mulailah Syeikh Malik mencari tahu tentang pertapa ini dengan tujuan adanya kemungkinan untuk mengajaknya kepada agama Allah.

“Apa yang kamu lakukan di tempat sunyi ini dan kenapa kamu tidak tinggal di kota saja?” tanya Syeikh Malik.

“Saya sangat selesa di sini… suasananya sangat tenang. Sehingga jiwa ini juga jadi tenang,” jawab si Pertapa. “Saya tak ingin merosak hati ini dengan noda-noda kehidupan,” lanjutnya. “Di sini kita hidup dengan santai tanpa harus terburu-buru… semuanya disediakan oleh Alam dan sangat murni,” ceritanya lagi.

“Tapi bukankah kamu dapat menjadi kaya kalau kamu tinggal di kawasan kota… kamu dapat menjadi Tabib?” tanya Syeikh Malik lagi.

“Tapi saya tak inginkan itu, saya hanya ingin tenang,” jawab Sang Pertapa.

Setelah bercakap-cakap akhirnya Syeikh Malik balik pulang dengan membawa resepi ubat dari Sang pertapa. Ajaib dengan memakai resepi dari Sang pertapa penyakit kulit Syeikh Malik beransur-ansur Allah sembuhkan.

Dengan kejadian ini maka Syeikh Malik berfikir di dalam hati, “Aneh… Telah banyak para doktor yang kutemui tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.” “Tapi mengapa dengan resepi ubat dari pertapa ini Allah telah sembuhkan penyakit ini? Pasti ada sesuatu yang Allah simpan dalam peristiwa ini dan pasti itu baik,” fikir syeikh Malik dalam renungannya

Maka Syekh Malik bertekad untuk menemui pertapa itu kembali.

“Wahai Tuan, resepi​ Anda sangat manjur… Penyakit saya telah sembuh,” kata syeikh Malik ketika menemui Pertapa itu.

“Itu kerana Alam,” katanya.

Maka Syekh Malik mulai terlibat percakapan panjang lebar dengan Pertapa itu sambil mencuba mencari-cari cara untuk mengajak pertapa itu menyembah Allah.

Hingga akhirnya Syeikh Malik betanya, “Apa amalan Anda sehingga Anda mendapatkan berkah ini, pandai mengubati segala macam penyakit?”

Sejenak Pertapa itu terdiam, lalu berkata, “Segala sesuatu yang ditolak oleh hatiku, maka pasti akan kulaksanakan.”

Mendengar hal itu Syeikh Malik terkejut, “Betulkah perkataanmu itu. wahai Tuan?”

“Ya, betul. Apa yang ditolak oleh hatiku maka pasti akan kulakukan.”

Sejenak Syekh Malik terdiam sambil berfikir, “Amalan inilah yang menyebabkan Allah memberinya kemampuan ini.” “Mungkinkah kalau aku menawarinya menjadi seorang muslim hatinya pasti menolak?” fikir Syekh Malik lagi

Spontan Syekh Malik bertanya… “Mahukah Anda menjadi seorang muslim?”

“Apa?” jawab Pertapa itu dengan terkejut.

“Maukah Anda menjadi seorang muslim?” tanya Syeikh Malik lagi tanpa ragu-ragu.

Sejenak pertapa itu terdiam dan menatap Syeikh Malik.... lalu berkata, “Sebentar saya tanya hati ini dulu.”

Syeikh Malik menunggu dengan perasaan harap-harap cemas

Lalu Pertapa itu berkata, “Ya, saya mahu menjadi seorang Muslim.”

“Betulkah, Wahai Tuan?” sahut Syekh Malik.

“Ya… Saya telah bertanya kepada hati ini ternyata ia menolak. Maka apabila hati ini menolak pasti saya mengikutinya,” kata pertapa itu.

“Alhamdulillah…” jawab Syeikh Malik. “Rupanya inilah keinginan Allah sehingga penyakit saya tak sembuh-sembuh dan mengirim saya ke tempat ini. Rupanya pertapa ini akan mendapat hidayah melalui penyakit kulitku,” fikir Syekh Malik dalam hati.

“Lalu di mana saya akan mempelajari Islam?” tanya Pertapa itu.

“Ikutlah denganku, Tuan… Akan kutunjukkan tempatnya.” jawab Syeikh Malik sambil terus mengucapkan Hamdalah kerana seseorang telah menjadi Muslim dan bertuhankan Allah Pemilik Langit dan Bumi…

Semua Kemauan Allah adalah Baik. Tinggal Kita Jalani Sesuai Perintah-Nya.

InshaAllah Kita Akan Dapatkan Hikmah dan Kebaikan di Dalamnya.

A M I N

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Ajar Diri Bersangka Baik Dengan Allah
Sumber: Google images

Saat Allah beri apa yang kita tak nak... Saat Allah beri apa yang kita rasa kita tak mampu... Waktu itu kita kena belajar untuk bersangka baik dengan Allah bahawa Allah lebih tau apa yang kita tidak tahu... 

3Ulasan

  1. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita kena latih diri kita berbaik sangka pada ketentuanNya. Sesungguhnya Dia sebaik2 perancang.

    Salam kenal dari AFBian. Ana follow sini juga :)

    BalasPadam
  2. Alangkah bahagianya hati yang tidak bersangka buruk kepada manusia lain.

    BalasPadam
  3. susahnya nak bersangka baik. bila sesuatu yg terjadi menimbulkan kemarahan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ