GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nasihat Buat Anak Muda

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nasihat buat anak muda

1- Mereka yang belajar ilmu akan melalui zaman " menggila"

2- Al-maklumlah banyak perkara baru yang dia belum pernah dengar atau baca

3- Maka keadaan dia seperti orang baru kahwin

4- Dia begitu teruja mendapat maklumat baru dan unik. Yang mungkin menurut anggapannya masyarakat dunia termasuk ulamaknya terlepas pandang tentangnya

5- Maklumat itu menjadi bualannya

6- Dia siap untuk berdebat dengan siapa yang mencabar. Bahkan tidak sedikit kali juga dia sendiri bangkit mencabar debat

7- Kadang-kadang 'akal muda' itu membisikkan bahawa gurunya pun silap dalam sebahagian isu

8- Betullah pesan guru "mereka yang sedikit bacaannya banyak i'tiradhnya"

9- Banyak para asatizah yang pernah melalui fasa 'menggila' ini

10- Lama-kelamaan. Apabila makin dia bersimpuh dihadapan guru dan banyak menelaah. Tersingkaplah pekong di dadanya

11- Kadang-kadang dia tertawa sendiri mengenangkan pengalaman silam

12- Terkenangkan suatu masa dahulu dia hampir-hampir menabalkan dirinya sebagai seorang MUJTAHID.

(Dipetik daripada facebook Tok Kenali Kitab Arab)

1Ulasan

  1. no 11 no 11.. pengalaman mematangkan.. tapi betul xleh lari dari terkenang
    yang lama lama =3

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ